spot_img
spot_img

PRU15 : Kerajaan ada duit untuk Bajet 2023

spot_img

BERA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata kerajaan mempunyai wang untuk melaksanakan Bajet 2023, yang dibentangkan pada 7 Okt lepas, yang merupakan bajet terbesar pernah disediakan membabitkan peruntukan RM372.3 bilion.

Ismail Sabri menyeru rakyat Malaysia supaya mengundi BN untuk Bajet 2023 itu direalisasikan> Beliau berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Bera di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di sini hari ini.

Perdana Menteri menepis dakwaan pengerusi penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempersoalkan keupayaan kerajaan melaksanakan Bajet 2023 kerana mendakwa kerajaan kekurangan dana dan tidak cekap melaksanakan projek tersebut. .

- Advertisement -

Ismail Sabri turut menegaskan bajet yang digubal merangkumi semua lapisan masyarakat itu bertujuan memberi manfaat kepada akar umbi dan bukan sekadar ‘taikun’ seperti didakwa sesetengah pihak.

Perdana Menteri berkata, perbelanjaan pembangunan itu akan melibatkan antara lain infrastruktur luar bandar seperti jalan raya dan jambatan. Projek kecil dan sederhana ini melibatkan peruntukan RM3.7 bilion dan akan memanfaatkan kira-kira 5,000 kontraktor kelas G1 hingga G4.

“Projek-projek ini adalah untuk kebaikan rakyat. Infrastruktur luar bandar, siapa yang akan mendapat manfaat? Setiap projek pembangunan memberi manfaat kepada akar umbi, termasuk masyarakat Orang Asli.

- Advertisement -

“Bagi kesihatan, saya mengarahkan supaya peruntukan kesihatan ditambah untuk Sabah dan Sarawak kerana klinik desa di sana dalam keadaan daif, begitu juga untuk aspek pendidikan di Sabah dan Sarawak kerana sekolah juga dalam keadaan daif,” katanya.

Ismail Sabri turut menyalahkan tindakan pembangkang yang gagal memenuhi manifesto yang diumumkan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang akhirnya menyebabkan Dr Mahathir selaku Perdana Menteri ketika itu mengeluarkan kenyataan bahawa manifesto pilihan raya itu bukan kitab suci yang perlu diikuti dan dipatuhi seperti agama.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img