DUBAI: Kereta terbang yang dibuat oleh syarikat dari China, Xpeng Inc membuat penerbangan awam pertamanya di Emiriah Arab Bersatu (UAE), ketika syarikat itu berusaha untuk melancarkan kenderaan elektrik tersebut di pasaran antarabangsa.
Kereta dua tempat duduk diberi nama X2 itu, berlepas dan mendarat secara menegak (eVTOL) menggunakan lapan kipas,masing-masing dua di setiap sudut kenderaan itu, lapor Reuters
Penerbangan ujian tanpa pemandu selama 90 minit di Dubai pada Isnin lepas, disifatkan oleh pengeluarnya sebagai pencapaian penting untuk generasi masa depan.
Pengurus Besar Xpeng Aeroht, Minguan Qiu berkata, syarikat itu mengorak langkah demi langkah (bergerak) ke pasaran antarabangsa.
“Kami memilih Dubai (sebagai permulaan), kerana Dubai adalah bandar paling inovatif di dunia,” katanya.