Tahniah buat Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang diumumkan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2017-2021.
Pengumuman dibuat dalam Kongres Tahunan ke-53 FAM yang berlangsung hari ini, lapor Berita Harian.
Tunku Ismail memenangi kerusi ‘panas’ itu selepas seorang lagi calon iaitu Tan Sri Annuar Musa menarik diri, Khamis lalu.
Pasti ramai yang ternanti-nanti apakah perubahan yang bakal dibawa oleh TMJ kelak. Selamat maju jaya TMJ!
Sumber: Berita Harian