spot_img
spot_img

PRU 15 tetap diteruskan – Ismail Sabri

spot_img

Kuala Lumpur: Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan tetap diteruskan walaupun beberapa negeri enggan membubarkan DUN masing-masing, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata ini kerana setiap negeri mempunyai hak untuk membubarkan DUNnya pada bila-bila masa.

“Saya mencadangkan dan mengesyorkan agar ia (pembubaran DUN dan Parlimen) dibuat serentak, tetapi enam negeri telah membuat keputusan (tidak mengikutnya).

- Advertisement -

“Jadi, PRU15 akan tetap berjalan sebagaimana mestinya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Loji Rawatan Air Kompak Chin Chin 3, Melaka hari ini.

Semalam, PAS mengumumkan tidak akan memohon pembubaran DUN negeri di bawah pemerintahannya – Kelantan, Terengganu dan Kedah – untuk pilihan raya serentak dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ismail Sabri berkata, mengadakan PRU15 dan pilihan raya negeri secara berasingan hanya akan menyusahkan rakyat yang terpaksa keluar dua kali hanya untuk membuang undi, dan sudah pasti akan menanggung kos yang lebih tinggi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

- Advertisement -

Mengenai keputusan PAS untuk mengukuhkan kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN), Ismail Sabri, yang juga naib presiden Umno, berkata Umno sudah menjangkakannya.

PAS mempunyai hak untuk membuat keputusan sendiri, katanya sambil menambah Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga telah mengumumkan Umno dan Barisan Nasional (BN) akan bertanding secara solo pada PRU15.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img