Kuala Terengganu 13 Oktober : Presiden PAS, Tan Sri Haji Hadi Awang mengeluarkan kenyataan yang memuktamadkan gabungan Perikatan Nasional.
PAS tetap dengan pendirian memartabatkan Perpaduan Ummah.
Gabungan PRU15 PAS ialah Perikatan Nasional (PN) yang di sertai oleh Bersatu , Gerakan, SAPP dan STAR.
Majlis Syura juga telah menerima kesemua senarai calon PAS untuk dipilih bertanding pada PRU15.
PAS juga kekal tidak membubarkan DUN Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Perkembangan ini dilihat memberi harapan kepada Bersatu untuk memenangi seberapa banyak kerusi Parlimen.
PN akan bersaing untuk merebut undi kaum Melayu dengan UMNO BN pada PRU15 ini di mana sentimen majoriti bukan Melayu akan kekal bersama Pakatan Harapan.