JOHOR BARU, 12 Okt — Belum ada mana-mana gabungan yang menyatakan pemimpin mereka adalah bakal Perdana Menteri yang seterusnya jikalau gabungan itu menang PRU15 ini. Tular dikatakan masih ada tokoh lama dinamakan sebagai Perdana Menteri.
Sumber dalaman UMNO memaklumkan Berita Tular bahawa Datuk Seri Ismail Sabri akan kekal sebagai Perdana Menteri jika Barisan Nasional memenangi PRU15 ini. Kesepakatan itu dicapai oleh lima kepimpinan tertinggi UMNO dan BN.
Namun terdapat suara dari rakyat bahawa sejarah PRN Johor boleh berulang di mana Menteri Besar yag dicanang ialah Dato’ Haji Hasni bin Mohammad, tetapi setelah BN menang besar di negeri itu, Datuk Onn Hafiz Ghazi pula yang menjadi MB Johor.
Walaupun UMNO menyatakan bahawa itu adalah bukan permintaan parti kerana akur dengan keputusan ‘yang lebih tinggi’ di negeri itu, kesannya rakyat akan was-was, adakah Datuk Seri Zahid Hamidi yang akan menjadi pemimpin negara nombor 1 kelak ? Ada dikalangan rakyat yang agak kurang selesa kerana Zahid telah didakwa di mahkamah dan imej beliau telah teruk dirosakkan dari PRU14 lagi termasuk liputan perbicaraan setiap hari di media.
UMNO perlu tegas dan memberi jaminan pada PRU15 bahawa poster boy mereka tidak akan berubah lagi selepas keputusan kemenangan.
Pada Gabungan Perikatan Nasional (PN), mereka masih mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyamai rekod Tun Dr Mahathir Mohammad untuk PM kali ke dua. Kritikan-kritikan seperi PN ketandusan kepimpinan baru, hanya kitar semula dari pemimpin yang lahir dari UMNO juga kedengaran.
Ada suara berkata kenapa bukan Tan Sri Abdul Hadi Awang atau Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ?
PKR dan DAP konsisten sebulat suara telah menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bakal calon Perdana Menteri dari gabungan itu.
Terbaharu dari parti Pejuang yang akan mengetuai Gabungan Tanah Air (GTA), mereka tidak akan menamakan Tun Dr Mahathir sebagai bakal calon PM dengan alasan pengunguman awal itu tidak relevan kerana belum pasti menang atau kalah di dalam pilihanraya kali ini.