spot_img
spot_img

UMAT ISLAM PERLU BEKERJASAMA HENTIKAN BERCAKARAN DEMI KUASA

spot_img

KUALA LUMPUR: Perkembangan politik negara kini membimbangkan semua pihak terutama rakyat.

Ditambah dengan kenyataan oleh Istana Negara baru-baru ini yang memaklumkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah menzahirkan rasa kecewa dengan keadaan politik semasa telah menjentik hati rakyat negara ini.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) secara konsisten menegaskan pertubuhan ini tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam arena politik negara.

- Advertisement -

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi berkata PPIM berkongsi kegusaran rakyat yang bimbang dengan masa depan serta maruah negara jika kepimpinan negara jatuh ke tangan pihak tidak sepatutnya akibat daripada percakaran ahli politik beragama Islam.

“Jika kita mahu berjaya, mahu kekal menjadi pentadbir di negara yang bertuah penuh barokah ini, kita sebagai umat Islam harus bersatu, tidak ada jalan lain,” tegasnya.

Nadzim menyambut baik saranan PAS yang mahu penyatuan ummah menjadi realiti apabila kuasa besar negara ini bersama-sama berjuang dalam arena politik.

- Advertisement -

“Kami di PPIM amat bersetuju jika kuasa besar orang melayu, orang Islam bergabung dan kembali memerintah negara kita,

“Sejarah membuktikan umat Islam negara ini tidak pernah mengenepikan hak bukan Islam malah kebebasan beragama, berniaga dan hidup aman damai bersama di Malaysia antara perkara yang amat kita banggakan di rantau ini. Tidak ada pemimpin negara lain boleh menyatupadukan rakyat pelbagai agama berbilang kaum seperti yang kita lakukan di negara ini,” katanya.

Nadzim berkata PPIM sentiasa menyokong usaha mana-mana pihak yang mahu bekerjasama dan menolak kerakusan mengejar kuasa dan tamak. “PPIM akan menyatakan sokongan dari masa ke semasa kepada calon tertentu yang dilihat mampu membawa isu rakyat dan tidak mementingkan diri.

“Lihatlah negara kita kini, apa nasib rakyat jika pemimpin di atas sana terus bercakaran dan mencari kesalahan serta kelemahan sesama mereka, apa salahnya mereka bergabung dan berganding bahu menggunakan kelebihan masing-masing demi masa depan negara yang lebih baik,” katanya.

Nadzim berkata situasi politik negara kini tidak sedikitpun membantu masalah dihadapi rakyat seperti krisis ekonomi, kesukaran mendapat pekerjaan, ditekan oleh pemimpin zalim dan diselebungi rasa takut kehilangan negara sendiri.

Nadzim mengulas situasi dimana PAS dan UMNO telah bertelagah berbulan-bulan untuk membentuk gabungan.

Awal bulan ini, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata agar UMNO menerima PAS sebagai “sahabat”, selain PAS perlu meninggalkan PN, parti itu harus memutuskan hubungan politik dengan Bersatu, dan mengumumkan “100% pemisahan” daripada Perikatan secara terbuka. Nasional (PN) dan Bersatu.

Sebelum ini, Naib Presiden Umno Khaled Nordin berkata hubungan Umno dengan PAS “gagal” kerana PAS tidak dapat memenuhi tiga syarat yang ditetapkan Zahid.

Bagaimanapun, media melaporkan bahawa Mursyidul Am PAS Hashim Jasin berkata parti itu berada dalam dilema berikutan “gesaan Bersatu untuk memusuhi Umno, manakala Umno meletakkan syarat menuntut pemisahan daripada Bersatu”.

Jasin berkata pimpinan tertinggi PAS akan bermesyuarat tidak lama lagi untuk membuat keputusan berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan oleh kedua-dua parti.

Lebih mengeruhkan keadaan, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan keretakan hubungan UMNO dengan Pas membuka laluan kepada Perikatan Nasional (PN) menjadi lebih kukuh.

Muhyiddin berkata, ia adalah berita baik untuk PN dan dalam masa yang sama membuka peluang untuk memperoleh lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Pas telah berulang kali sebutkan mereka kekal sebagai rakan yang paling penting dalam PN.

“Jadi ia sangat jelas sekarang bahawa ketidakpastian tentang hubungan mereka dengan UMNO, tetapi yang saya fikir ia membuka laluan kepada PN untuk lebih kuat dan lebih efektif untuk memperoleh lebih banyak kerusi pada pilihan raya ini. Bagi saya itu berita baik,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri pertemuan dengan Bersatu Sabah di Ibu Pejabat Bersatu di Alam Mesra.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img