MELAKA: Barisan Nasional (BN) dijangka mengekalkan status quo buat MCA bertanding di kerusi Parlimen Alor Gajah dan Kota Melaka untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Dipetik dari Utusan Malaysia, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata, UMNO pula akan terus kekal bertanĀding di Tangga Batu, Masjid Tanah, Jasin dan Hang Tuah Jaya.
Beliau berkata, senarai calon seramai lima orang setiap bahagian telah diserahkan kepada pucuk pimpinan untuk dinilai sebelum dimuktamadkan membawa cabaran BN merampas kembali empat Parlimen iaitu Masjid Tanah, Tangga Batu, Hang Tuah Jaya dan Alor Gajah.
āRakyat kini sudah sedar terutama pengundi atas pagar, rekod cemerlang BN mentadbir negara selama 60 tahun tidak mampu disamai oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sewaktu tadbir negara selama 22 bulan.
āKalau hendak kerajaan yang mempunyai rekod yang baik mentadbir negara selama 60 tahun, maka, rakyat harus percaya dan memilih BN. Tiada parti lain yang mampu melakukannya melainkan UMNO dan BN.
āBerdasarkan sokongan sewaktu pilihan raya negeri (PRN) apabila BN menang besar sudah tentu empat kerusi Parlimen bagi PRU15 mampu dirampas kembali,ā katanya ketika ditemui.
Terdahulu, akhbar ini meĀlaporkan, tugas besar perlu dipikul kepemimpinan BN Melaka selepas pucuk pimpinan tertinggi parti menyasarkan lima kerusi Parlimen perlu dimenangi di negeri ini dalam PRU15.
Meskipun berat, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sasaran lebih 80 peratus itu tidak mustahil untuk dicapai berdasarkan keupayaan parti yang memperoleh majoriti lebih dua pertiga pada PRN Melaka.
Walaupun tidak menamakan secara jelas, lima kerusi berkenaan dipercayai adalah Tangga Batu, Jasin, Hang Tuah Jaya, Masjid Tanah dan Alor Gajah.