spot_img
spot_img

Mesyuarat SPR tentukan tarikh pilihanraya 20 Okt

spot_img

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bakal mengadakan satu mesyuarat khas pada 20 Oktober depan bagi membincangkan dan menentukan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Ke-15 (PRU-15) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.66 Bugaya, Sabah.

Setiausaha SPR, Datuk Indera Ikmalrudin Ishak berkata, mesyuarat yang dijadualkan berlangsung pukul 10 pagi di Menara SPR, Putrajaya itu akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh.

“Mesyuarat khas berkenaan akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRU-15 dan PRK DUN N.66 Bugaya seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, hari pengundian dan daftar pemilih yang akan digunakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

- Advertisement -

Antara lain, mesyuarat akan membincangkan persiapan bagi melaksanakan kedua-dua pilihan raya tersebut.

Beliau turut mengesahkan satu sidang akhbar juga akan diadakan sejurus selepas mesyuarat tersebut selesai.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img