spot_img
spot_img

Jika duit berjuta dan tak gembira, cuba 3 tips ini

spot_img

Pada tahun 2007, pada usia 30 tahun, Sam Dogen telah mencapai simpanan bersih $1 juta. Dia telah menyimpan 50% daripada gajinya sebanyak $150,000 setahun, selebihnya dia melabur 90% daripada setiap bonus tahunan dan mempunyai beberapa pelaburan hartanah yang berjaya.

Tetapi kejayaan itu tidak membuatkan dia lebih gembira. Malah, Sam berasa tidak gembira. Sam bekerja lebih daripada 60 jam seminggu pada pekerjaan yang tidak lagi disukainya. Namun, dia tetap meneruskan dan akhirnya mencapai nilai pendapatan bersih sebanyak $3 juta — cukup untuk dirinya berhenti kerja dan bersara awal di usia 34 tahun.

Sudah 10 tahun Sam meninggalkan dunia korporat, dan dia mengakui mempunyai banyak masa untuk merenung tentang apa yang paling memberi kepuasan dalam hidup.

- Advertisement -

Sam pada mulanya menyangka jawapannya ialah kekayaan. Tetapi menjadi kaya tidak membuatkan dirinya lebih bahagia. Melakukan tiga perkara ini telah terbukti membawa dirinya lebih kegembiraan daripada wang yang ada dalam bank :

1. Komited dengan perkara yang disukai, dan meminimumkan perkara yang tidak suka.

Walaupun pada awalnya Sam takut untuk meninggalkan kerja perbankan yang terjamin itu, dia tetap bertekad untuk melakukan perkara yang dia suka: Bekerja di Financial Samurai, blog kewangan peribadi yang dia mulakan sebagai hobi pada tahun 2009. (Sam Dogen bekerja dalam pelaburan perbankan selama 13 tahun sebelum memulakan Financial Samurai, sebuah blog kewangan miliknya)

- Advertisement -

Dengan cepat, Sam menyedari betapa dia suka menulis dan berhubung dengan orang ramai dalam talian. Jadi dia membuat komitmen untuk menerbitkan artikel tiga kali seminggu. Dan selepas bersara, Sam mempunyai lebih banyak masa untuk menulis.

Setiap pagi terasa seperti hari Krismas; Sam akan bangun pagi dengan bersemangat dan teruja untuk membaca komen semua orang. Sejak itu, orang ramai telah berkongsi cerita dengan dirinya berkenaan perkara-perkara seperti mendapatkan pekerjaan pertama mereka, membeli rumah, memulakan keluarga, hidup kurang upaya atau membina perniagaan mereka sendiri.

Hubungan sosial dalam talian itu membawa dirinya begitu banyak kebahagiaan. Seolah-olah dia telah membesar bersama berjuta-juta pembaca blognya.

2. Sam berubah dari mentee kepada mentor.

Salah satu kelemahan persaraan awal ialah merasakan bahawa kemahiran anda telah pudar dan anda tidak lagi menyumbang kepada pasukan atau tujuan yang lebih luas. Sam telah mengatasi kegusaran ini dengan menukar dirinya daripada mentee kepada mentor.

Sebagai contoh, dia pernah menjadi guru pada 2017. Selama tiga tahun, dia melatih pasukan tenis sekolah menengah yang akhirnya memenangi gelaran juara buat kali pertama dalam sejarah sekolah mereka. Walaupun Sam hanya mendapat gaji $1,200 sebulan untuk setiap musim, kegembiraan bimbingan adalah tidak ternilai.

Sam tidak akan lupa apabila pemain senior, yang bergelut untuk memenangi perlawanan akhir, akhirnya menang. Pemain itu melambai tangannya ke udara dan berlari ke arah Sam untuk memberi pelukan. Ia adalah saat yang indah.

Jika anda benar-benar ingin merasa kaya. Jadilah mentor. Kongsi kebijaksanaan anda. Bantu orang ramai mencapai potensi mereka. Sebenarnya, memberi masa anda adalah lebih bermanfaat daripada hanya memberi wang.

3. Mencuba perkara baru yang mencabar diri.

Walaupun ia menakutkan untuk tidak mempunyai pekerjaan tetap di usia 34 tahun, ia mendebarkan untuk melihat sama ada dirinya boleh bertahan tanpa gaji tetap atau tidak. Sam berasa seperti seorang graduan kolej sekali lagi, bersedia untuk menghadapi dunia dan mencipta semula dirinya.

Apabila wabak Covid19 melanda, Sam telah memutuskan untuk menulis sebuah buku. Ia akan menjadi percubaan pertama dirinya ke dalam penerbitan tradisional, di mana objektif akhirnya, dia akan mempunyai buku fizikal yang diterbitkan.

Jadi selama dua tahun, dia menulis dan menulis dan terus menulis. Kemudian Sam menghabiskan enam bulan lagi untuk proses suntingan. Ia adalah satu proses untuk mengenal pasti cara menarik minat pembaca dengan topik yang mungkin ‘menakutkan’ ramai. Sam juga menembusi zon selesa dirinya dan melakukan temu bual di TV secara langsung.

Buku Sam berjudul, “Buy This Not That,″ telah dikeluarkan pada Julai 2022 dan menjadi buku terlaris di negaranya . Sam sungguh berpuas hati untuk melihat kerja kerasnya selama bertahun-tahun, membuahkan hasil.

 

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img