spot_img
spot_img

Bajet 2023 – Usaha yang seimbang : Ongkili

spot_img

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menyifatkan Bajet 2023 sebagai satu keseimbangan baik bagi masyarakat di Sabah dan Sarawak.

Menurut beliau, peningkatan peruntukan kepada negeri-negeri di Malaysia Timur yang diumumkan pada Bajet 2023 oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz, adalah seperti yang dibentangkan melalui Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63).

Tambahnya, walaupun berdepan dengan cabaran hasil perolehan, peruntukan tidak tersasar daripada memenuhi keperluan rakyat, di mana RM6.3 billion diperuntukkan bagi pembangunan di Sabah, dan RM5.4 billion bagi di Sarawak: manakala untuk pembangunan luar bandar, RM1.5 billion diperuntukkan untuk Sabah dan RM2.55 billion untuk Sarawak.

- Advertisement -

“Bagi Sabah dan Sarawak, keperluan dan fokus pembangunan yang diketengahkan oleh MKMA63 telah dijalankan dan disediakan, termasuk penyediaan peruntukkan pembangunan bagi golongan B40.

“Yang lebih penting adalah dana bagi infrastruktur asas telah dikekalkan dan dalam sesetengah isu, meningkat terutamanya bagi jalanraya luar bandar, air dan elektrik, dan infrastruktur digital.

“MKMA63 menekankan keperluan peningkatan peruntukkan bagi fasiliti perubatan dan pendidikan, terutama dalam menangani sekolah dan klinik desa usang (daif), yang diketengahkan di dalam bajet.” katanya.

- Advertisement -

Menyentuh isu keselamatan, Ahli Parlimen Kota Marudu menambah akan kebimbangan keselamatan sempadan, khususnya pada aset dan pembinaan pantas pusat Kastam, Imigrasen, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) di sepanjang sempadan daerah Sabah-Sarawak-Kalimantan yang telah dijalankan, dan diberi perhatian tentang kewangan secara serius.

Fokus pada pemulihan ekonomi adalah sangat tepat. Bantuan tambahan untuk menghidupkan semula sektor pembuatan dan pelancongan adalah bertepatan dengan waktu dan sememangnya sangat diperlukan”, kata Ongkili.

Beliau menegaskan bahawa peningkatan suara rakyat Sabah dan Sarawak yang memerlukan perhatian dan tumpuan kewangan telah semakin didengari, dihormati dan diambil tindakan.

“Walaubagaimanapun, ruang untuk penambahbaikan adalah masih besar. Walaupun ada peningkatan peruntukan, ia masih belum sampai ke tahap yang memuaskan, berdasarkan permintaan dari Sabah dan Sarawak. Perjalanan kita masih jauh untuk memenuhi keperluan rakyat Sabah dan Sarawak.

“Kami bersyukur dengan penerimaan Kerajaan Persekutuan yang semakin meningkat dalam menyediakan peruntukan yang lebih baik, terutama bagi kawasan luar bandar, namun kami akan terus menggunakan MKMA63 sebagai platform untuk terus memperjuangkan keperluan pembangunan asas bagi kedua negeri”.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img