- Pemberian subsidi bil elektrik sehingga RM40 akan diperluas mengikut PGK Makanan iaitu isi rumah berpendapatan RM1,169 ke bawah berbanding syarat semasa RM980 ke bawah.
- 3 penerima utama Bajet 2023 ialah Kementerian Kewangan (RM72.2 bilion), Kementerian Pendidikan (RM55.6 bilion) dan Kementerian Kesihatan (RM36.1 bilion) yang merangkumi 44 peratus daripada jumlah perbelanjaan.
- Menyedari manfaat yang diraih daripada pemberian tunai langsung, Bantuan Keluarga Malaysia akan terus ditambah baik.
- Kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan kepada 2 mata peratusan.
- Defisit fiskal dijangka berkurangan kepada 5.5 peratus daripada KDNK daripada 5.8 peratus daripada KDNK pada 2022
- Banjaran pendapatan cukai antara RM250,000-RM400,000 akan digabung dengan banjaran RM400,000-RM600,000 dan dikenakan kadar cukai 25 peratus.
- Pengecualian cukai untuk wanita, ke atas pendapatan yang diterima taksiran 2023 sehingga 2028, untuk menggalakkan lebih ramai wanita kembali bekerja setelah tempoh ‘career break’.
- Kredit e-dompet untuk belia yang berumur 18 hingga 20 tahun dan mana-mana pelajar sepenuh masa melebihi 21 tahun akan boleh menuntut RM200 dalam e-dompet mereka di bawah program ePemula.
- RM3,000 – Pelepasan cukai ke atas bayaran yuran taska dan tadika sehingga tahun taksiran 2024.
- RM1.2 bilion Peruntukan untuk OKU – antaranya penjagaan pesakit kronik, elaun OKU tidak upaya kerja dan elaun pekerja cacat.
- RM1.8 bilion – Peruntukan subsidi dan insentif pesawah, nelayan dan pekebun kecil.
- RM4.9 bilion – Untuk meningkatkan kapasiti perkhidmatan kesihatan awam, dengan peningkatan 12% berbanding tahun 2022.
- RM305 juta – Peruntukan Orang Asli, untuk bantuan sosial, dan meningkatkan taraf hidup.
What’s your Reaction?
+1
+1
+1
+1
+1
+1
+1