GENEVA, 7 Okt — Majlis Hak Asasi Manusia PBB pada semalam mengundi menentang perbahasan dakwaan penyalahgunaan kuasa dan penyiksaan di wilayah Xinjiang China selepas dilobi dengan bersungguh-sungguh oleh Beijing, dan memberi kekecewaan kepada negara Barat.
Amerika Syarikat dan sekutunya bulan lalu membawa cadangan perbahasan yang menuduh China telah melanggar hak asasi manusia kepada badan hak tertinggi PBB, untuk diperbahaskan.
Tindakan itu dibuat selepas bekas ketua hak asasi manusia PBB Michelle Bachelet mengeluarkan laporan bahawa wilayah Xinjiang berkemungkinan berlakunya jenayah kemanusiaan terhadap kaum Uyghur dan minoriti Islam lain di wilayah itu.
Tetapi negara-negara dalam majlis 47 anggota telah mengundi, 19 menyokong, manakala 17 menentang perbahasan itu, dengan 11 negara berkecuali termasuk Malaysia.
“Ini adalah kemenangan untuk negara membangun dan kemenangan untuk kebenaran dan keadilan,” tweet jurucakap kementerian luar China Hua Chunying.
Amnesty International menyifatkan undian itu sebagai jenaka, manakala Human Rights Watch (HRW) berkata ia mengkhianati mangsa penderaan.
“Amerika Syarikat mengecam undian hari ini yang menghalang perbincangan mengenai Xinjiang,” duta AS ke majlis itu Michele Taylor tweet.
Negara-negara yang mengundi menentang debat ialah Bolivia, Cameroon, China, Cuba, Eritrea, Gabon, Indonesia, Ivory Coast, Kazakhstan, Mauritania, Namibia, Nepal, Pakistan, Qatar, Senegal, Sudan, Emiriah Arab Bersatu, Uzbekistan dan Venezuela.
Argentina, Armenia, Benin, Brazil, Gambia, India, Libya, Malawi, Malaysia, Mexico dan Ukraine mengambil pendirian berkecuali.
Washington dan beberapa negara Barat telah menggunakan Xinjiang untuk cuba mencemarkan imej China,” kata jurucakap kementerian luar China dalam satu kenyataan.
Menurut jurucakap itu lagi, isu berkaitan Xinjiang pada asasnya bukanlah isu hak asasi manusia, tetapi adalah isu memerangi keganasan dan anti-pemisahan.
Laporan Bachelet, yang diterbitkan sebelum tempoh perkhidmatannya berakhir pada 31 Ogos, medakwa kononnya “boleh dipercayai” adanya penyeksaan yang meluas, penahanan sewenang-wenangnya dan pencabulan hak agama dan paksaan.
Ia membawa pengesahan PBB kepada dakwaan berpanjangan bahawa Beijing menahan lebih daripada satu juta Uyghur dan Muslim lain serta memandulkan wanita secara paksa.
Beijing menolak sekeras-kerasnya pertuduhan itu, menegaskan ia menjalankan pusat latihan vokasional di rantau itu untuk menentang ekstremisme.
Pengarah HRW China, Sophie Richardson menyifatkan ia sebagai melepas tanggungjawab dan pengkhianatan terhadap mangsa Uyghur.
Peguambela Perkhidmatan Antarabangsa untuk Hak Asasi Manusia China, Raphael Viana David berkata: “Ahli majlis hari ini menghantar mesej yang mengerikan: China kekal tidak boleh disentuh sejauh ini.”
Kedudukan negara Islam ‘memalukan’
Pengarah eksekutif ISHR Phil Lynch berkata adalah “memalukan” bahawa “negara-negara Islam… telah sangat gagal untuk menyokong perbincangan PBB mengenai pencabulan hak terhadap Uyghur.”
Duta Besar Indonesia Febrian Ruddyard berkata: “Sebagai negara Islam terbesar di dunia dan demokrasi, kita tidak boleh menutup mata terhadap nasib saudara dan saudari Islam kita.”
Tetapi, kerana China tidak bersetuju, untuk perdebatan ini, dan tidak akan menghasilkan kemajuan yang bermakna, maka Indonesia mengundi untuk ‘tidak’ juga.
Sentimen yang sama itu disuarakan oleh duta Qatar Hend Al-Muftah juga.
Negara-negara Afrika, di mana China adalah pemberi dana utama dalam membuat pelaburan infrastruktur besar-besaran, telah dilobi dengan kuat sekali, kata pemerhati.
Hanya Somalia mengundi ‘ya’ daripada 13 negara.
Dalam sejarah negara Barat, ramai pemerhati melihat mereka melakukan ‘kempen terpilih’ terhadap negara yang tidak bersama mereka. Peperangan di Bosnia dan Croat serta beberapa pencerobohan negara Islam lain seperti di Iraq, Afghanistan dan Palestine telah menunjukkan Barat hanya berdiam diri di dalam isu tersebut.
-Berita Tular International-
Foto : Facing History