spot_img
spot_img

Kerajaan berupaya tangani inflasi – Annuar Musa

spot_img

Oleh NS ALI

KUALA LUMPUR: Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa menegaskan kerajaan berupaya tangani inflasi.

“Masalah Inflasi bukanlah satu perkara yang boleh di politikkan. Inflasi adalah berpunca dari faktor dalaman dan faktor diluar kawalan sebagai contoh apabila berlaku perang yang menyebabkan rangkaian bekalan (supply chain) terganggu, menyumbang kepada faktor kenaikkan harga yang menyebabkan inflasi,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

- Advertisement -

Annuar menjelaskan faktor pasca COVID-19 juga menyebabkan semua negara perlu membuat perubahan fiskal dan kadar OPR yang sedang berlaku kini dan ia turut dilakukan oleh beberapa negara, yang memberi kesan kepada negara lain.

“Banyak matawang dunia turut terjejas akibat kesan inflasi dan situasi ekonomi dunia, termasuk United Kingdom, Jepun dan Korea termasuk Malaysia,” katanya.

Tambah beliau, seluruh pakar kewangan negara, pengedali bank pusat serta kementerian kewangan negara sedang mengambil langkah proaktif untuk mengawal inflasi ketika ini.

- Advertisement -

“Negara kita secara relatif dapat mengawal harga barang melalui pelbagi inisiatif dan intervensi yang berpunca dari keputusan beberapa jemaah menteri untuk menampung subsidi untuk beberapa komoditi tertentu seperti harga petrol dan minyak masak. Tanpa intervensi ini, inflasi mungkin kini cecah 10 peratus berbanding 4 – 5 peratus kini,” katanya.

Annuar turut menjamin kerajaan terus komited memastikan ada jawatankuasa bertindak memastikan untuk menangani masalah ekonomi negara demi kesejahteraan rakyat.

Berkenaan isu bekalan telur, Annuar mengesahkan bekalan telur bagi gred yang dikawal kini mengalami kekurangan di pasaran.

“Kerajaan membelanjakan RM34 juta sebulan bagi subisdi telur gred A.B, dan C.  Tinjauan menunjukkan kekurangan itu didakwa kerana amaun subsidi 3 sen itu tidak menarik penternak dan pengeluar telur,” katanya.

Ini menurut Annuar, menyebabkan pengeluar menghasilkan pengeluaran telur gred premium yang bukan dalam kawalan.

“Semakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) perkara ini berlaku dan oleh itu, ada beberapa pengesyoran iaitu mengapungkan harga telur ayam namun ia ditolak,” katanya.

Annuar berkata, harga gred kawalan hendaklah dikekalkan, maka dengan itu, semakan semula jumlah subsidi yang diberikan kepada pengeluar telur gred dalam kawalan akan dilakukan.

Bagaimanapun ia diluar skop tugas jawatankuasa jihad inflasi.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img