spot_img
spot_img

Bubar atau Pembentangan Bajet 2023, masih 50/50

spot_img

KUALA LUMPUR, 3 Okt — Menteri Undang-undang Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini berkata belum ada perubahan tentang jadual Bajet 2023 yang sepatutnya bersidang Jumaat ini walaupun tular di Parlimen bahawa ia akan bubarkan sebelum hari pembentangan.

Beliau berkata ini berdasarkan maklumat setakat 10.30 malam tadi bahawa pelan tindakan kewangan negara bagi 2023 akan dibentangkan mengikut jadual, menurut belia lagi, beliau adalah orang terakhir bersama Perdana Menteri semalam.

“Saya diberitahu bajet akan dibentangkan pada 7 Oktober dan jika ada perubahan selepas itu, saya tidak tahu,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

- Advertisement -

Berdasarkan laman web Parlimen, Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2023 akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz pada 4 petang pada 7 Oktober.

Bertemakan ‘Memperkukuh Pemulihan, Memudahkan Pembaharuan Ke Arah Ketahanan Sosio-Ekonomi Mampan Keluarga Malaysia’, Rang Undang-undang itu akan dibincangkan di peringkat dasar dari 11 Oktober hingga 26 Oktober.

Perbahasan peringkat jawatankuasa akan bermula dari 3 November hingga 23 November sebelum RUU itu diluluskan Dewan Rakyat.

- Advertisement -

Berdasarkan kalendar asal Parlimen, persidangan Dewan Rakyat yang akan datang sepatutnya selama 31 hari bermula 26 Oktober hingga 15 Disember 2022, tetapi telah dibawa ke 3 Oktober untuk mempercepatkan pembentangan Bajet 2023.

Sementara itu, persidangan itu dikhabarkan sebagai sesi terakhir bagi Parlimen ke-14 berikutan spekulasi bahawa Parlimen akan dibubarkan beberapa hari selepas pembentangan Bajet 2023 bagi membuka laluan kepada pilihan raya negara akan datang.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img