spot_img
spot_img

Adakah benar rakyat marah jika pilihanraya diadakan sekarang ?

spot_img

Sidang pembaca Berita Tular,

Ingin saya memberikan pandangan yang mana kami di kampus lebih banyak bercampur gaul dengan semua golongan, bukan ahli politik mahupun menteri-menteri sahaja. Kami hidup serta bergaul dengan rakyat sebenar yang akan keluar mengundi.

Di sebelah pihak ada yang kata rakyat marah jika pilihanraya diadakan tahun ini. Di sebelah sana lagi kata perlu diadakan pilihanraya segera untuk memberikan mandat semula kepada rakyat dan membawa kestabilan dalam kerajaan.

- Advertisement -

Yang mana satukah sebenarnya yang rakyat inginkan ? Sebenarnya majoriti rakyat, kami yang bukan berpartisan ini, hanya mahukan kestabilan dan kemajuan untuk negara ini berterusan. Kami mahu kemaslahan politik ini tidak lagi berpanjangan. Tidak kisahlah pilihanraya itu esok, lusa atau tahun depan sekalipun, tetapi keputusan mandat rakyat itu hendaklah kekal sehingga sepatutnya selepas ini.

Namun jika pilihanraya diadakan juga pada bila-bila masa sekalipun, adakah kita akan kembali ‘aman’ ? Adakah tiada lagi ahli-ahli parlimen melompat ke sana – sini ? Jika perkara ini masih tidak terjamin, pilihanraya ini tidak akan memberi apa-apa makna kepada rakyat dan negara, kerana masalah yang sama akan timbul jua.

Sebab itu pentingnya parti-parti politik Melayu khususnya, berganding bahu bersama-sama membentuk kesatuan atau gabungan politik yang utuh. Sebagai contoh penyatuan Ummah yang diperjuangkan oleh parti PAS dengan konsisten, akan memberi kestabilan yang kuat kepada negara, apabila UMNO, PAS dan Bersatu bergabung di bawah satu payung. Apabila semua parti Melayu bergabung, maka tidak akan goncang kerajaan Melayu Islam itu.

- Advertisement -

Sebenarnya, orang-orang bukan Melayu juga akan menyokong penyatuan ini. Ini sudah terbukti di zaman pemerintahan BN era Tun Dr Mahathir apabila orang Melayu kuat dan bersatu padu, maka orang bukan Melayu turut akan mengundi parti mereka yang bersama dengan gabungan Melayu yang kuat itu. Orang bukan Melayu juga mahukan kestabilan untuk perniagaan dan ekonomi mereka. Jika orang Melayu berpecah dan lemah, inilah yang kita hadapi sekarang di mana orang bukan Melayu boleh menjadi penentu kepada sokongan untuk menjadi kerajaan. Maka, kita tidak akan dapat meneruskan atau sukar sedikit untuk melaksanakan agenda ummah.

Di samping itu, janganlah pula ada di antara pemimpin-pemimpin Melayu yang kononnya memperjuangkan Melayu Islam, berintegriti dan sebagainya, menganggap sebahagian orang Melayu lain sebagai musuh secara terang-terangan. Kita perlu melihat kepentingan yang lebih besar berbanding dendam peribadi atau cita-cita sendiri. Permusuhan itu akan memberi kekuatan serta mungkin kemenangan kepada bangsa lain, di mana akhirnya yang rugi tetap orang Melayu.

PRU15 adalah hikmah dari Allah SWT untuk parti-parti Melayu bersama bagi mengembalikan semula kekuatan suara Melayu Islam di Malaysia untuk merealisasikan agenda ummah. Jika ini dapat dicapai, rakyat tidak kisah bila pun pilihanraya akan berlaku. Kestabilan dan kemajuan itu penting bagi negara ini. Pilihan berada di tangan pemimpin-pemimpin politik Melayu dan kini, seluruh rakyat sedang melihat.

Azhar Khairuddin – Universiti Utara Malaysia (PJJ)-

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img