spot_img
spot_img

PAS seperti suami yang berkahwin 2

spot_img

PASIR PUTEH: Hubungan Pas dengan UMNO menerusi Muafakat Nasional (MN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Perikatan Nasional (PN) diibaratkan sebagai berkahwin dua.

Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, parti itu yang bertindak sebagai ‘suami’ akan terus berusaha menyatukan UMNO dan Bersatu dibawah payung penyatuan ummah.

“Bagaimanapun, (PAS) tetap sayang kepada keduanya dan biasalah peringkat awal tentunya ada kepayahan, cabaran onak dan duri. Agenda Islam dalam membina kesatuan yang kukuh perlu diteruskan,” katanya selepas diminta mengulas mengenai agenda penyatuan ummah semasa ditemui selepas melawat Projek Tanaman Kelapa di Kampung Gong Tengah, di sini , hari ini.

- Advertisement -

Nik Muhammad Zawawi menegaskan, penyatuan ummah adalah tuntutan Islam.

Beliau berkata masih ada harapan selagi mana ada ruang dan peluang untuk penyatuan.

“Penyatuan ummah ini bertujuan memastikan teraju kepimpinan negara tidak kembali ke pangkuan Pakatan Harapan (PH).

- Advertisement -

Ahli Parlimen Pasir Puteh itu juga yakin, bahawa penyatuan ummah akan berjaya dibentuk sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di mana sekarang adalah proses pemulihan yang sedang dilaksanakan di pelbagai peringkat.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img