spot_img
spot_img

PAS masih bermain ‘wayang’ dengan semua parti

spot_img

KUALA TERENGGANU: Persetujuan Pas menyokong Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjadi Perdana Menteri jika perikatan itu menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) membuktikan parti tersebut hanya bermain ‘wayang’ dengan UMNO mahupun PN.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, Pas selama ini memberi harapan untuk meneruskan Muafakat Nasional (MN) tetapi dalam masa sama berdamping rapat dengan Bersatu yang merupakan musuh UMNO. Menurut MT UMNO itu, Bersatu adalah parti yang telah menikam UMNO berkali-kali dan jelas merupakan musuh politiknya.

Muktamar Pas di Kedah baru-baru ini meluluskan usul untuk terus bekerjasama dengan UMNO walaupun PAS mahu juga menyokong Tan Sri Muhyiddin.

- Advertisement -

“Bagaimana kami mahu mempercayai Pas sedangkan mereka difahamkan bersetuju memilih Muhyiddin dan bukannya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.

Baru-baru ini, Presiden Gerakan, Datuk Dr.Dominic Lau Hoe Chai juga mengumumkan Muhyiddin bakal dilantik sebagai PM sekiranya dapat memenangi PRU15 akan datang dalam Konvensyen PN di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang, Selangor.

Bekas Ahli Parlimen Kemaman itu berkata, kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan Pas juga sangat mengelirukan kerana Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari pernah mengajak penyokong Pakatan Harapan untuk menumbangkan BN di Pahang.

- Advertisement -

“Dua minggu selepas itu, pemimpin yang sama keluarkan kenyataan mahu berunding dengan UMNO demi menyelamatkan negara daripada PH.

“Kenyataan yang tidak konsisten ini sangat melucukan, mengelirukan dan menggilakan,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img