spot_img
spot_img

Tak logik kita pinjam duit dari Indonesia

spot_img

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz menolak khabar angin bahawa Malaysia berhutang dengan negara Indonesia.

Beliau berkata ia tidak benar, kerana hanya 2.5% daripada hutang kerajaan persekutuan adalah hutang dari negara asing, dan dipegang oleh institusi dan pelabur dari seluruh dunia.

Antaranya ialah pelabur dan institusi di AS, Eropah, Jepun, China, dan Singapura.

- Advertisement -

“Jadi 2.5% dalam pinjaman asing tidak boleh semuanya dari Indonesia, ia tidak logik. Dan baki 97.5% hutang negara adalah dalam pinjaman domestik,” katanya dalam video yang disiarkan di Twitter hari ini.

Tengku Zafrul berkata pinjaman kerajaan berbeza dengan pinjaman yang diambil oleh individu.

“Salah satu cara kerajaan meminjam wang adalah melalui terbitan bon di mana pelabur akan membuat bidaan untuk kadar pulangan atau hasil, serta jumlah yang dikehendaki.

- Advertisement -

“Pelabur yang membida kadar pulangan terendah tetapi dengan jumlah pinjaman tertinggi akan dipilih,” katanya sambil menambah bahawa jarang sekali negara mengambil pinjaman terus dari negara lain.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img