spot_img
spot_img

Muhyiddin PM selepas PRU15 antara hasrat komponen PN

spot_img

MAEPS 27 Ogos : Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai menzahirkan bahawa Perikatan Nasional (PN) menginginkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang seterusnya jika pakatan itu menang pada PRU15 akan datang.

Beliau berkata sedemikian sempena Konvensyen Perikatan Nasional di MAEPS Serdang hari ini. Tambahnya, ramai menteri dan menteri kanan dari PN perlu menyalurkan bantuan bagi menggerakkan parti tersebut menjelang PRU15.

Gerakan merupakan salah satu parti komponen PN. Selain Gerakan, PN terdiri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan dua parti politik tempatan di Sabah iaitu Parti Solidariti Tanah Airku (STAR Sabah) dan Parti Progresif Sabah (SAPP).

- Advertisement -

Di acara yang sama, Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mendakwa, rakyat tidak menyokong parti tertentu yang terbukti sering mengamalkan gejala rasuah. Meskipun PN kalah teruk dalam dua pilihan raya negeri sebelum ini, beliau tetap melahirkan keyakinan bahawa pengundi masih lagi menyokong blok tersebut (PN).

Ahmad Faizal yang sering menjadi bahan jenaka penyokong BN selama ini, meluahkan keyakinan bahawa PN akan menang pada Pilihan Raya Umum PRU Ke-15 (PRU15).

Beliau juga menasihati agar kepimpinan PN tidak berebut kawasan untuk menjadi calon kerana ia akan menjejaskan peluang kemenangan parti. Dalam nada agak kecewa, beliau menasihatkan semua anggota komponen PN berjuang demi kepentingan negara dan bukan peribadi serta menyucikan hati berkhidmat dengan ikhlas.

- Advertisement -

Di dalam konvensyen yang sama, Presiden PAS dilihat satu-satunya pemimpin PN yang tidak menyerang UMNO, tetapi PH. Tan Sri Abdul Hadi Awang mengingatkan kepimpinan Perikatan Nasional (PN) tidak mengulangi kesilapan Pakatan Harapan (PH) selama berkuasa 22 bulan seperti suka berbohong kepada rakyat dengan membuat pelbagai janji manis seperti ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Tanpa disedari, sindiran beliau itu turut tertempias kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang merupakan antara komponen PH ketika berkuasa.

(Foto : Utusan)

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img