KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Bintang Rambo, Rocky, Sylvester Stallone dan isteri, Jennifer Flavin berpisah selepas 25 tahun berkahwin.
Flavin memfailkan petisyen “untuk perceraian perkahwinan dan pelepasan lain” pada 19 Ogos lalu di Palm Beach County, California.
Tular perceraian bermula apabila Stallone menggantikan tatu di bahunya dengan imej anjing tuanya, di mana sebelum ini adalah wajah isterinya itu, menurut Daily Mail.
Pada 10 Ogos, Flavin ada posting sesuatu yang tidak kena dalam Instagram di mana dia memeluk tiga anak perempuannya dengan berkata : “Anak perempuan ini adalah keutamaan saya. Tiada perkara lain yang lebih penting.”
“Saya sayang keluarga saya. Kami secara baik dan privasi menangani isu peribadi ini,” kata pelakon Hollywood itu dalam satu kenyataan kepada PEOPLE.
“Saya sedih untuk mengumumkan bahawa selepas 25 tahun berkahwin, saya telah memfailkan perceraian daripada suami saya Sylvester Stallone,” kata bekas model itu.
“Walaupun kami tidak akan berkahwin lagi, saya akan sentiasa menghargai hubungan lebih 30 tahun yang kami kongsi, dan saya tahu kami berdua komited dengan anak perempuan kami.”
Ahli perniagaan itu meminta privasi orang ramai kerana mereka melangkah ke depan secara baik.