spot_img
spot_img

Hanya Mahathir tidak ‘claim’ kejayaan Najib masuk penjara

spot_img

Kajang 24 Ogos : Bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak telah mula menjalani hukuman penjara selama 12 tahun dan perlu melaksanakan denda sebanyak RM200 juta di atas kesalahan pecah amanah dan penggubahan wang haram di syarikat SRC. Keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan semalam.

Dilihat ramai ahli-ahli politik ternama sama ada peringkat tinggi dan peringkat akar umbi bersorak kemenangan dan ‘claim’ bahawa hasil kerja serta ‘pengorbanan’ mereka selama ini melawan Najib membuktikan mereka benar.

Ada yang mendakwa dibuang oleh Najib, negara malu akibat Najib, dan sebagainya kini berasa bangga kerana kejayaan ‘memasukkan’ Najib dalam penjara adalah usaha pengorbanan mereka.

- Advertisement -

Sama ada dalam kenyataan rasmi di sosial media mereka sendiri atau poster-poster bahawa merekalah yang menjuarai melawan 1MDB dan sebagainya, kita mula ditularkan di dalam group-group whatsapp politik. Semua mesti segera mengambil kredit tersebut.

Hanya seorang pemimpin politik ternama tanahair tidak mengambil ‘kredit’ di atas kepenjaraan Najib. Beliau adalah Tun Dr Mahathir Mohammad. Atau mungkin pada pandangan peribadi saya, tidak sepantas itu untuk segera supaya orang ramai tahu akan pengorbanannya melawan kleptokrasi.

Kes Dato’ Seri Najib telah memberi peringatan kepada semua manusia yang mempunyai kuasa di negara ini supaya lebih berhati-hati dan harus mengikut undang-undang di dalam mentadbir negara. Zaman ini adalah zaman yang boleh tersebar dan bocor segala maklumat dengan begitu mudah. Tidak sama seperti pemerintahan era sebelum internet yang meluas.

- Advertisement -

Kepada keluarga Dato’ Seri Najib, bertabahlah. Mahkamah di dunia telah memutuskan. Jika anda dianiaya, ada ganjaran dari yang Maha Esa.

Kepada pemimpin negara yang ada kini, masanya untuk terus memacu negara ke hadapan. Kes yang memberi liabiliti buruk pada negara kini telah selesai dan salah seorang dari mereka yang diputuskan bersalah telah menjalani hukuman.

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

Osman Korie (Pemerhati Politik / Universiti Utara Malaysia)

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img