spot_img
spot_img

Presiden UMNO terus desak PM segerakan PRU15

spot_img

Putrajaya 21 Ogos : Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terus mendesak Perdana Menteri, merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri untuk mengadakan pilihanraya dengan segera.

Menurut sumber dalaman UMNO, desakan itu berlaku seiring dengan tekanan yang diterima oleh Dato’ Sri Najib Tun Razak di mahkamah, berkaitan rayuan kes SRC.

Zahid berkata, musuh UMNO terutamanya PH dan Bersatu sedang menggunakan persepsi sepenuhnya bagi melemahkan akar umbi UMNO dan menggugat keyakinan ahli-ahli UMNO BN.

- Advertisement -

Menurutnya lagi, pembangkang kini sedang menyerang, spin, dan kemudian cuba cetuskan imej bahawa pihak pembangkanglah terbaik walaupun mereka hanya berkuasa dalam 22 bulan, dan membuktikan sebaliknya hingga Perdana Menteri dari PH sendiri meletakkan jawatan apabila tahu manifesto tidak dapat ditunaikan.

Zahid memberi amaran bahawa apabila PRU15 dilengahkan, ini bermakna kerajaan memberi senjata kepada musuh untuk terus menyerang UMNO BN.

Segerakan pilihanraya atau UMNO BN akan tewas dengan isu-isu yang lebih berpanjangan, tegas Zahid kepada Ismail Sabri.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img