KUALA LUMPUR, 19 Ogos — Peguam Datuk Zaid Ibrahim hari ini berkata beliau ‘tidak menyedari’ bahawa peguam dalam kes jenayah memerlukan kebenaran daripada mahkamah untuk menarik diri daripada sebarang kes yang mereka kendalikan.
Dalam catatan Facebooknya, beliau melahirkan rasa kecewa dan terkejutnya bahawa Mahkamah Persekutuan enggan memberikan masa kepada pembelaan untuk mempersiapkan diri mereka bagi membela bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang menyebabkan Najib melepaskan firma guamannya Zaid Ibrahim, Sufian, TH Liew & Partnersi daripada bertindak sebagai peguam caranya dalam rayuan terakhirnya terhadap sabitan kesalahannya untuk penyalahgunaan kuasa dan kewangan SRC International Sdn Bhd.
Bagi Zaid, untuk mendapat kebenaran menarik diri daripada hakim adalah ‘perkara baru’ undang-undang yang mengejutkan.
“Saya juga tidak menghargai bahawa ketidakfleksibelan dan ketegasan adalah ramuan penting dalam keadilan. Saya sentiasa fikir ramuan utama keadilan ialah keadilan itu sendiri, kemunasabahan, belas kasihan dan ini lebih diutamakan daripada kecekapan pentadbiran (di dalam konteks keadilan),” kata Zaid.
Zaid ketika menjelaskan mengapa beliau mengambil kes Najib berkata beliau percaya Najib mempunyai bukti kukuh yang menunjukkan terdapat berat sebelah semasa menjatuhkan hukuman oleh Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Beliau bagaimanapun berkata beliau masih menyokong Najib dan tidak memperdulikan mereka yang mengutuknya kerana mengambil kes itu pada mulanya.
“Secara peribadi, saya mengetahui siapa kawan sebenar saya. Hakim bersara Mahadev Shanker mempunyai kedudukan yang sangat tinggi di kalangan mereka. Namun, bukanlah mereka yang mencemarkan watak saya kerana kerja saya kadang-kadang melibatkan tindakan yang tidak popular.
“Walau bagaimanapun, saya akan sentiasa bertekad untuk tidak goyah dari kepercayaan teras saya. Saya akan sentiasa memperjuangkan keadilan, sama ada untuk rakyat biasa atau untuk Raja. Dengan berbuat demikian, saya juga ingin memastikan bahawa keadilan tidak hanya dilakukan tetapi juga dilihat boleh dilakukan,” tambahnya.
Zaid juga menafikan bahawa penukaran pasukan peguam bela oleh Najib adalah satu tatik, tetapi merupakan andaian yang malang dan jauh dari kebenaran. Zaid yang juga merupakan seorang ahli politik pada masa yang sama berkata beliau baru melihat bukti baru di mana ia akan mempunyai impak ‘nuklear’ terhadap Hakim Nazlan.
Objektif sebenar firma guamannya mahu mewakili Najib adalah bersandarkan pada pandangannya bahawa kes Najib memerlukan pendekatan baru dan perspektif baru. Kes ini perlu meninggalkan perkara yang tidak perlu, juga termasuk serangan peribadi terhadap Hakim Nazlan. Sebaliknya mereka mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada isu undang-undang dan fakta, isu berat sebelah dan konflik kepentingan. Zaid percaya daripada objektif fakta kes, bukti banyak memihak kepada Najib.
Zaid juga mempersiapkan pasukan yang ‘hebat’ iaitu membawa bersama rakan sekerja beliau dari Singapura, Niru Pillai dari Niru & Co LLC. Niru juga membawa dua peguambela kanan terkemuka dari India, Sidharth Luthra dan Kavin Gulati.
Malangnya permintaan Dato’ Sri Najib untuk penangguhan singkat bagi membolehkan pasukan undang-undang peguambela membangkitkan kes dengan betul, dan meminta peguam untuk menyediakan hujah dengan secukupnya bagi menghadapi kes yang sangat kompleks dan berprofil tinggi ini, telah ditolak mentah-mentah oleh para hakim Mahkamah Persekutuan.
Zaid masih tidak percaya bahawa Mahkamah tertinggi negara telah menafikan hak Najib untuk mengemukakan bahan yang relevan dan bukti yang diperlukan demi keadilan. Permohonan tersebut adalah untuk menunjukkan betapa ketaranya konflik kepentingan di pihak Hakim Nazlan. Beliau sangat percaya bahawa Hakim Nazlan berat sebelah dan tidak boleh menjadi Hakim Bicara dalam kes SRC.
Kes itu kini di Mahkamah Persekutuan, dan ia adalah peluang terakhir Najib untuk meyakinkan hakim bahawa sabitan dan hukumannya harus dibatalkan.