spot_img
spot_img

Mati jatuh rollercoaster

spot_img

Seorang wanita maut selepas terjatuh 26 kaki dari rollercoaster yang sedang bergerak di Jerman, kata pihak berkuasa.

Mangsa itu tidak dinamakan, terjatuh di taman hidupan liar dan rekreasi Klotti di Klotten, Rhineland-Palatinate, kira-kira jam 4.30 petang Sabtu lepas.

Pejabat pendakwaraya Koblenz berkata tidak jelas bagaimana wanita berusia 57 tahun itu, dari St Wendel, Saarland, terkeluar dari rollercoster itu.

- Advertisement -

Pegawai taman rekreasi itu berkata dia tergelincir dari tempat duduknya dalam selekoh sebelum terjatuh dari trek, yang setinggi kira-kira 8 meter (26 kaki).

Pekerja kecemasan bertindak pantas tetapi wanita itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Penyiasat kini sedang berusaha untuk mengenal pasti punca kematian dan bedah siasat akan dijalankan.

- Advertisement -

Pakar kejuruteraan akan memeriksa rollercoaster itu yang berkemungkinan menjadi punca kematian.

Saksi akan dikesan dan akan diambil kenyataan.

Pejabat pendakwaraya berkata bahawa siasatan awal mereka mencadangkan tiada kebarangkalian jenayah.

Taman itu ditutup terus berikutan kejadian tersebut.

Klotti Park berkata dalam satu kenyataan: “Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk melahirkan rasa simpati yang mendalam kepada keluarga, saudara mara dan rakan-rakan.

“Pasukan KLOTTI masih terkejut.

“Memandangkan punca kemalangan masih belum jelas, kami belum boleh menyesuaikan operasi seperti dahulu dan masa akan datang.

“Terima kasih kerana memahami.”

Klotti pada mulanya dibina sebagai taman hidupan liar pada tahun 1970-an. Sejak itu pemiliknya telah membangunkan tapak tersebut menjadi taman rekreasi dan pengembaraan untuk keluarga.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img