spot_img
spot_img

Syarikat yang menerima projek LCS mempunyai kewangan yang lemah

spot_img

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati kedudukan kewangan syarikat yang bertanggungjawab terhadap projek perolehan kapal tempur pesisir pantai (LCS), Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS). adalah lemah dengan kerugian sebanyak RM462 juta.

Menurut laporan prosiding bertarikh 1 Disember 2020, Timbalan Ketua Sekretariat Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan, Guna Arulalan David memaklumkan, kelemahan kewangan syarikat itu menyaksikan kerugian pada 2015, 2016 dan 2018.

Katanya, hutang projek LCS pada masa itu sebanyak RM733 juta dan hutang-hutang lain mencecah lebih daripada RM60 juta dan sebanyak 23 pihak pengeluaran produk tulen (OEM) telah memberhentikan kerja.

- Advertisement -

“Pinjaman BNS daripada institusi kewangan jangka masa panjang dan pendek pula telah mencecah hampir RM1 bilion. Jadi, kedudukan kewangan BNS yang amat lemah telah menjejaskan kemajuan kerja bagi pembinaan kapal LCS,” kata laporan setebal 247 muka surat itu.

Kata Guna Arulalan, disebabkan keupayaan kewangan BNS yang terhad, pembayaran pendahuluan bagi projek LCS oleh kerajaan dibuat di luar kebiasaan.

Katanya, kerajaan telah meluluskan membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1.36 bilion disebabkan kekangan kewangan dialami BNS.

- Advertisement -

Untuk rekod, Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 menetapkan hanya 25 peratus atau RM10 juta mengikut mana yang lebih rendah boleh dibayar sebagai wang pendahuluan.

Namun, perkara 55.1 (a) pekeliling sama menetapkan, bayaran pendahuluan boleh diberi sehingga 25 peratus daripada nilai kontrak atau maksimum RM10 juta mengikut mana yang lebih rendah, bagi pembuat atau pembekal tempatan.

Guna Arulalan: Bagi tujuan pembayaran pendahuluan ini pindaan sebanyak dua kali telah dibuat ke atas surat setuju terima. Ini juga salah satu punca kelewatan dalam menandatangani kontrak.

Ahli Jawatankuasa PAC, Ahmad Fadhli Shaari [Pasir Mas]: “Pembayaran disebut sebagai di luar kebiasaan tidak mematuhi Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 itu, adakah tidak bertentangan dengan tatacara kewangan?”

Guna Arulalan: “Ia ditentukan oleh Kementerian Kewangan dan sebarang pengecualian hanya boleh diberi oleh kementerian. Di sini, kalau ikut peraturan, kementerian telah pun beri pengecualian.”

Sebelum ini, dilaporkan tiada satu pun LCS TLDM disiapkan meskipun kerajaan telah membayar RM6.083 bilion untuk projek itu menerusi kontrak kepada BNS secara rundingan terus. – UTUSAN

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img