spot_img
spot_img

Melayu dinasihat jauhi gagasan baru Tun M

spot_img

Parlimen 4 Ogos : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata orang Melayu tidak patut mengharapkan lagi kepada gagasan baru yang ditubuhkan oleh bekas Perdana Menteri sebanyak dua kali iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad.

(Tun Dr Mahathir bersama beberapa NGO Melayu mengumumkan penubuhan gagasan Gerakan Tanah Air untuk menentang UMNO pada PRU15)

- Advertisement -

Anwar berkata sepatutnya jika Tun Dr Mahathir benar-benar mahu membela Melayu, semasa pemerintahan PH 22 bulan lalu patut dilaksanakannya.

Anwar menasihati orang Melayu supaya sedar  bahawa masalah utama di dalam negara ini adalah soal kepimpinan. Tidak kira Melayu atau bukan Melayu, soal pemimpin rasuah, mengkayakan ‘kroni’ perlu dihapuskan. Anwar juga mendakwa apabila sesetengah pemimpin itu sudah terdesak, maka mereka suka memainkan sentimen bangsa untuk mendapat sokongan untuk kembali berkuasa.

Jadi perkara paling utama ialah soal pengurusan dan pentadbiran kerajaan ditambah dengan kepimpinan yang tidak melakukan rompakan terhadap kekayaan negara. Ini melibatkan semua kaum, bukan orang Melayu semata-mata, tegas Ketua Pembangkang yang ditemui lewat petang selepas sidang Parlimen.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img