spot_img
spot_img

Bercerai secara digital ?

spot_img

PETALING JAYA: Klik Divorce yang dilancarkan pada awal bulan ini menjadi platform perceraian digital pertama di negara ini yang dibangunkan bagi memudahkan laluan kepada pasangan yang mahu berpisah menerusi undang-undang.

Aplikasi yang dibangunkan oleh peguam, Datuk Fion Wong dan Datuk Chris Chin tersebut dijangka dapat mengubah landskap perceraian di Malaysia, di samping menyokong matlamat kerajaan untuk meningkatkan penyesuaian dan penggunaan teknologi merentas pelbagai industri.

Wong berkata, pengguna boleh membina terma perceraian seperti nafkah pasangan, hak penjagaan anak, nafkah dan hak ziarah serta pembahagian harta sepencarian melalui Klik Divorce.

- Advertisement -

Katanya, surat cerai dapat diperoleh dengan segera untuk dicetak dan ditandatangani jika pasangan yang ingin bercerai saling bersetuju dengan syarat, keseluruhan proses hanya mengambil masa kira-kira lima minit.

Jelasnya, firma guaman kemudiannya boleh menyemak kertas dan menyediakannya untuk difailkan di mahkamah pada hari bekerja berikutnya.

“Klik Divorce menawarkan dua perkara positif utama dalam prosiding perceraian iaitu penjimatan masa dan kos. Ramai orang tidak mampu membayar yuran guaman untuk perceraian, terutamanya dengan peningkatan kos sara hidup hari ini.

- Advertisement -

“Selain itu, ia boleh mengambil masa antara enam hingga 12 bulan untuk terma dibincangkan berulang-alik sebelum perceraian difailkan di mahkamah,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Wong berkata, mengguna pakai teknologi undang-undang untuk melaksanakan tugas manual yang mudah boleh menjimatkan masa dan mengurangkan kos yang menjadikan yuran guaman mampu dimiliki oleh lebih ramai pihaknya.

“Ini juga membolehkan peguam untuk mendedikasikan lebih banyak masa dan usaha untuk membangunkan undang-undang.

“Klik Divorce amat berfaedah terutamanya pada kes perceraian yang tidak ada pertikaian. Ia bukan sahaja menjadikan proses lebih cepat dan lancar, malah membawa kepada penyelesaian yang lebih cepat, membebaskan beban kerja kehakiman dan masa mahkamah.

“Sebagai perkhidmatan dalam talian undang-undang pertama di Malaysia, ia juga menjadi contoh dan membuka jalan kepada perkhidmatan yang lebih digital,” ujarnya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img