Kuala Lumpur : Perdana Menteri Ismail Sabri dijangka akan memohon untuk membubarkan parlimen selepas selesai persidangan Parlimen.
Menurut sumber dalaman UMNO, Ismail Sabri dijangka menghadap Agong sebaik sahaja selesai parlimen bersidang dijangka akhir Julai 2022.
Sekiranya dakwaan ini benar, dengan perkenan Agong, PRU15 dijangka akan diadakan selewat-lewatnya pada akhir September 2022.
Di fahamkan juga Ismail Sabri dijangka tidak akan membentangkan Bajet 2023 sebelum PRU15.
Penganalisis berkata ianya keputusan tepat, kerana sekiranya Bajet 2023 dibentangkan sebelum PRU15, banyak pihak menganggap ianya hanya sebagai lakonan sebelum pilihanraya. Juga ia membuka ruang kepada pihak pembangkang membuat ‘bajet balas’.
Asasnya cukup mudah, kerajaan hybrid yang memerintah sekarang terdiri dari 3 parti utama iaitu BN, PAS dan Bersatu yang di lihat saling bercakaran antara satu sama lain.
Merujuk kepada kenyataan media dari Ismail Sabri sendiri, beliau membayangkan PRU15 akan diadakan lebih awal.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/06/853560/pru-15-mungkin-lebih-awal-pm-metrotv
Seandainya PRU15 diadakan pada akhir September 2022, maka sudah tentu pemilihan parti UMNO akan diadakan selepas PRU15.
Ini bermakna segala usaha pihak tertentu yang mahukan supaya pemilihan UMNO diadakan selepas PRU15 menemui jalan buntu.
Apabila ini berlaku sudah tentu kerajaan baharu yang ditubuhkan akan membentangkan bajet baharu, yang lebih mendapat sokongan kukuh dan tidak perlu ‘menjaga hati’ sesetengah pihak – segala tidak musahil.
Menurut sumber itu lagi, mereka menekankan sesiapa jua yang memerintah, sokongan kukuh oleh majoriti ahli parlimen amat diperlukan bagi memastikan kestabilan politik dan seterusnya ekonomi negara terjamin.
RUU Lompat Parti juga telah diluluskan dengan lebih 95% sokongan ahli-ahli Parlimen. Ini memberi sinar baru kepada negara selepas pergolakan politik pasca PRU14.