HANOI: Banyak perniagaan dalam talian asing yang besar seperti Facebook, Microsoft, TikTok dan Netflix telah mendaftar, mengisytiharkan dan/atau membayar cukai bisnes dalam talian kepada belanjawan Vietnam.
Menurut Agensi Berita Vietnam (VNA), Jabatan Percukaian Am melaporkan bahawa hasil cukai daripada barangan dan perkhidmatan rentas sempadan melalui organisasi di Vietnam yang diisytiharkan dan membayar mencecah 5.4 trilion VND (hampir AS$235 juta) dari tahun 2018 hingga 29 Jun 2022.
Purata hasil ini adalah kira-kira 1.2 trilion VND setahun, dengan purata kadar pertumbuhan pada 130%.
Sejak portal cukai bisnes online itu dibuka untuk perniagaan asing pada 21 Mac lalu, banyak pembekal dan syarikat besar asing telah mendaftar untuk membayar cukai pendapatan korporat dan cukai nilai tambah secara terus melalui portal tersebut.
Sehingga kini, 23 pembekal asing telah mendaftar, mengisytiharkan dan membayar cukai kepada belanjawan negara Vietnam, jumlah cukai yang dibayar adalah kira-kira AS$2.4 juta.
Jabatan Cukai Bandaraya Ho Chi Minh berkata bahawa dengan langkah-langkah ini, pihak berkuasa cukai memperoleh hasil yang kukuh dalam usaha mengurangkan defisit hasil bajet.
Secara khusus, empat bank perdagangan menyediakan kemudahan pihak berkuasa cukai kepada organisasi dan individu yang mempunyai hasil pendapatan daripada Google, dengan jumlah wang yang diterima dari luar negara lebih daripada AS$52.13 juta dalam enam bulan pertama tahun ini.