spot_img
spot_img

Brazil import diesel dari Rusia

spot_img

SAO PAULO: Presiden Brazil Jair Bolsonaro pada Isnin mengumumkan kerajaannya telah mencapai perjanjian untuk mula mengimport bahan api diesel dari Rusia sebagai sebahagian daripada langkah menurunkan harga bahan api di negara itu.

Menurutnya, dalam 60 hari diesel tersebut akan tiba di Brazil dari Rusia.

Presiden Brazil itu mempertahankan keputusan mengimport diesel Rusia, berkata ia lebih murah daripada pembekal asing lain yang dipilih oleh syarikat minyak negara itu, Petrobras.

- Advertisement -

(Presiden Brazil Jair Bolsonaro dan Presiden Rusia Vladimir Putin)

Menurut statistik, Brazil mengimport hampir 30 peratus diesel yang digunakan dalam negara. Jadi untuk mengimport daripada mereka yang menjual pada harga yang lebih baik adalah suatu formula yang bijak kata Presiden negara itu.

- Advertisement -

Brazil mengambil pendirian berkecuali dalam konflik antara Ukraine dan Rusia, yang juga membantu mengekalkan bekalan baja untuk perniagaan pertanian Brazil.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img