spot_img
spot_img

Rakyat Sri Lanka ‘berparti’ di istana presiden

spot_img

Selepas berbulan-bulan menuntut presiden Sri Lanka berundur, penunjuk perasaan kini berasa senang, mengambil swafoto dan berenang di istana Presiden.

Istana presiden di Colombo itu telah ditakluki oleh ratusan orang pada hari Sabtu lepas, menunjukkan ketidakpuasan hati orang ramai selama berbulan-bulan berhubung krisis ekonomi di negara kepulauan itu. Negara itu kini lumpuh siatem ekonominya.

Presiden Gotabaya Rajapaksa telah melarikan diri yang dibantu oleh tentera.

- Advertisement -

(Presiden Sri Lanka yang diusir – Gotabaya Rajapaksa)

Sebaik sahaja presiden meninggalkan istananya, suasana di dalam perkarangan itu menjadi meriah, kerana orang ramai lupa sebentar akan kekecewaan yang mereka hadapi seperti kekurangan makanan dan bahan api yang berlarutan lama, serta konfrontasi dengan pasukan keselamatan.

- Advertisement -

“Kami berada di dalam bilik Gotabaya, ini adalah seluar dalam yang dia tinggalkan,” kata seorang pemuda sambil mengangkat seluar hitam pada siaran video yang dikongsi pada beberapa saluran media sosial.

“Dia juga telah meninggalkan kasutnya.”

Di perkarangan istana itu, berpuluh-puluh lelaki menanggalkan baju mereka dan melompat ke kolam presiden, dan bermain-main di dalam air.

Beratus-ratus yang lain duduk di atas rumput yang dijaga rapi untuk berehat daripada konfrontasi pagi dengan pegawai polis, yang telah melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air ke arah penunjuk perasaan.

Orang ramai telah berjaya memasuki kawasan istana selepas mengubah penghadang dan memanjat pagar tinggi dengan bantuan trak polis yang dirampas.

Ketika penunjuk perasaan mara ke hadapan, pegawai polis dan tentera yang mengawal istana itu, bertindak meninggalkannya.

Namun pegawai polis elit kekal ditempatkan di dalam tetapi tidak berusaha untuk mengeluarkan penceroboh yang berkeliaran secara santai di dalam istana itu.

Beberapa orang kelihatan bergilir-gilir berehat di atas katil bersaiz king, yang pernah digunakan oleh Rajapaksa dan sofa yang selesa.

Penunjuk perasaan juga melayani diri mereka ke dapur presiden, dengan makanan ringan dan minuman ringan dilihat terbentang di atas kaunter.

“Saya terkejut melihat penghawa dingin berfungsi di dalam bilik airnya. Kami terpaksa hiduo dalam keadaan bergelap (tiada elektrik),” kata seorang lelaki yang berada di dalam istana kepada AFP melalui telefon.

Semasa mereka berarak masuk, seorang pelajar universiti memanjat tiang pintu dan dengan lantang menggesa orang ramai supaya tidak merosakkan atau merompak kediaman milik negara itu, yang merupakan rumah yang mempunyai sejarah yang tidak ternilai.

“Kita menggelar Gota sebagai pencuri dan mengusirnya keluar, tolong jangan keluarkan apa-apa dari istana (jangan jadi seperti Gota),” katanya.

Istana presiden dahulunya dikenali sebagai “Rumah Ratu”, dan merupakan kediaman rasmi gabenor British sehingga Sri Lanka mencapai kemerdekaan pada tahun 1948.

Sejak itu, ia telah menjadi kediaman rasmi ketua negara Sri Lanka — tetapi ramai pemimpin terdahulu percaya ia berhantu.

Hanya seorang presiden yang tinggal sebentar di sana dalam beberapa tahun kebelakangan ini, manakala yang lain menggunakannya hanya untuk menerima tetamu kenamaan yang melawat.

Rajapaksa berpindah ke sana pada bulan April, tidak lama selepas beribu-ribu penunjuk perasaan cuba menceroboh rumah persendiriannya semasa tunjuk perasaan besar.

Kediaman itu tidak dicerobohi, tetapi dia tetap berpindah ke istana presiden dengan harapan ia akan menjadi lebih selamat, tetapi akhirnya  sia-sia.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img