spot_img
spot_img

Ekovest bina keretapi Malaysia – Singapura bernilai RM2 bilion

spot_img

Pemilik Ekovest Lim Kang Hoo berjaya memperoleh kontrak membina kereta api menghubungkan Malaysia Ke Singapura yang bernilai RM2 bilion.

Ekovest Construction merupakan sebuah unit pemaju hartanah milik beliau telah memenangi kontrak itu untuk membina perkhidmatan kereta api komuter yang akan menghubungkan Johor Bahru dengan Singapura.

Kereta api sepanjang empat kilometer itu, yang dipanggil Projek Pautan Sistem Transit Rapid, dijangka akan mengangkut 10,000 penumpang setiap jam pada kedua-dua arah apabila siap menjelang akhir 2026. Ia akan menyediakan kaedah pengangkutan alternatif dan membantu mengurangkan lalu lintas kenderaan merentasi tambak Johor.

- Advertisement -

Projek itu telah berada di ‘papan lukisan’ (perancangan) selama bertahun-tahun dan pada asalnya dijadualkan siap pada akhir 2024. Pelaksanaan itu tergantung pada April 2019 selepas kerajaan Malaysia meminta perubahan pada reka bentuk projek, sebelum kerja-kerja pembinaan disambung semula pada tahun lepas.

Ekovest Construction sedang membina stesen Bukit Chagar, terletak bersebelahan kemudahan imigresen dan kuarantin Malaysia serta 2.7 kilometer landasan kereta api yang menghubungkan ke stesen MRT Woodlands North di Singapura. Kira-kira 1.3 kilometer landasan kereta api, termasuk kemudahan imigresen dan kuarantin, sedang dibina di Singapura oleh kontraktor termasuk Penta Ocean Jepun dan China Communications Construction Co.

- Advertisement -

Projek itu akan membantu menambah nilai kewangan syarikat Ekovest dan menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan, kata Ecovest pada Selasa lepas dalam pemfailan kepada pihak pengawalselia. Keuntungan bersih Ekovest merosot 93% kepada 2.4 juta ringgit pada tahun berakhir 31 Mac apabila hasil daripada perniagaan pembinaannya merosot 64% kepada 284.4 juta ringgit.

Pengasas bersama dan pengerusi Ekovest Lim Kang Hoo juga merupakan pemaju hartanah utama di Malaysia. Salah satu projeknya ialah Iskandar Waterfront Holdings, Lim mengubah 4,000 ekar tanah di Johor Bahru menjadi sebuah bandar baru. Dengan nilai bersih $620 juta, Lim berada di tempat ke-28 dalam senarai 50 Orang Terkaya Malaysia yang diterbitkan pada bulan lepas.

Serba sedikit berkenaan latar belakang Lim Kang Hoo :

-pengasas, pengarah dan naib pengerusi eksekutif Iskandar Waterfront Holdings, pemaju milik persendirian.

-Syarikat itu merupakan pemaju induk seluas 4,000 ekar di kawasan itu yang dijangka menjadi pusat bandar baharu di Johor.

-Pada 2015, Lim menjalin usaha sama dengan China Railway Engineering untuk membeli pegangan kawalan dalam pembangunan Bandar Malaysia.

-Iskandar Waterfront dan China Railway membeli perbandaran bandar di luar Kuala Lumpur daripada kerajaan Malaysia dengan harga $1.8 bilion.

-Lim juga mengasaskan dan mempengerusikan syarikat pembinaan dan pemaju hartanah Ekovest, yang disenaraikan di Malaysia.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img