KUALA LUMPUR, 6 Julai — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu beberapa pejabat milik seorang ahli perniagaan yang disyaki terbabit dalam kartel yang membekalkan tenaga kerja dari Bangladesh, kata sumber yang mengetahui siasatan yang sedang dijalankan itu kepada Malay Mail hari ini.
Sumber itu yang enggan dikenali berkata, serbuan ke atas pejabat ahli perniagaan itu di Selangor dan Kuala Lumpur bermula semalam.
Sumber itu menambah, syarikat milik ahli perniagaan itu bertanggungjawab membangunkan sistem pendaftaran pekerja asing di Malaysia.
“Buat masa ini, belum ada tangkapan. Tidak menafikan sebarang kemungkinan bahawa [SPRM] akan menahan beberapa individu untuk membantu siasatan,” kata sumber itu.