spot_img
spot_img

Jika TPM Faizal Azumu, Azmin pasti marah – Puad Zarkashi

spot_img

KUALA LUMPUR, Julai 5 — Malaysia akan terus berada di dalam keadaan ketidakstabilan politik jika Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri bersetuju dengan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meletakkan calon Timbalan Perdana Menteri dari parti itu, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Puad Zarkashi. Beliau mendakwa seperti yang dilaporkan sebelum ini bahawa Muhyiddin menamakan Timbalan Presiden Bersatu itu sendiri iaitu Datuk Seri Faizal Azumu sebagai TPM.

Kata Puad Zarkashi lagi, seorang lagi ahli parlimen dari parti Bersatu, Datuk Seri Azmin Ali pasti akan marah, dan politik negara akan menjadi lebih tidak stabil.

Azmin, yang merupakan menteri perdagangan antarabangsa dan pelaburan, merupakan antara pengasas parti PKR yang telah keluar dengan beberapa ahli parlimen Pakatan Harapan pada 2020 dan membentuk kerajaan baharu di bawah Muhyiddin; Perikatan Nasional. Beliau kemudiannya dilantik sebagai menteri kanan dalam kerajaan Ismail Sabri tahun lepas.

- Advertisement -

Puad juga menegaskan selain mahu seseorang daripada Bersatu dilantik sebagai TPM, Muhyiddin juga mahu ahli partinya menggantikan Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai menteri industri perladangan dan komoditi selepas Zuraida menyertai Parti Bangsa Malaysia.

Puad, yang juga ADUN Rengit, seterusnya menulis bahawa Muhyiddin mahu perkara itu disegerakan bagi mengelak lebih ramai pemimpin Bersatu daripada terus berpaling tadah daripada partinya.

“Tindakan Muhyiddin akan membawa kepada ketidakstabilan politik. Jika tuntutannya tidak dipenuhi, dia akan terus mengancam dan menekan PM,” kata Puad.

- Advertisement -

Beliau menggesa Ismail Sabri, yang juga naib presiden Umno, supaya tidak tunduk kepada tuntutan Muhyiddin.

Muhyiddin sebelum ini berkata pertemuannya dengan Ismail Sabri adalah untuk mempertimbangkan perjanjian sebelum ini antara gabungan Perikatan Nasional dan sokongan terhadap perdana menteri.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img