spot_img
spot_img

Cabaran orang muda merancang kewangan ketika ini

spot_img

PETALING JAYA: Belia Malaysia semakin terhimpit dengan peningkatan kos sara hidup dan mereka juga dikatakan kurang mahir di dalam merancang kewangan, kata pakar.

Perancang kewangan berlesen berkata golongan dewasa muda harus mempertimbangkan untuk menggunakan penasihat pengurusan kewangan yang betul untuk membantu mereka menjadi lebih berhemat dan menjejaki perbelanjaan mereka, bukannya berbelanja secara membabi buta.

Beliau berkata walaupun golongan belia memahami nilai menyimpan wang, keinginan mereka untuk menjalani gaya hidup mewah mengatasinya. Lebih-lebih lagi dengan pengaruh sosial media yang tidak tepat, amat menjadi ikutan golongan muda-mudi dengan cara yang tidak sihat mengembangkan kewangan mereka.

- Advertisement -

Mengetahui bagaimana wang dibelanjakan adalah satu langkah penting. Dalam kes ini, menulis atau rekod perbelanjaan merupakan tabiat terbaik, tetapi kebanyakan orang muda tidak mempunyai tabiat menjejaki perbelanjaan mereka.

Pertama sekali, orang muda harus melatih diri mereka menyusun perbelanjaan daripada yang terbesar kepada yang terkecil, tersusun serta berdisiplin. Kemudian, tanya diri sendiri jika ada sesuatu yang boleh dikurangkan atau tidak diperlukan sepenuhnya.

Mereka tahu kepentingan menyimpan, tetapi mereka biasanya menyimpan untuk percutian, perkahwinan atau pembelian barangan berkomitmen besar seperti deposit untuk kenderaan atau rumah.

- Advertisement -

Golongan dewasa yang bekerja harus mencari jalan untuk mengurangkan perbelanjaan daripada menyalahkan keadaan ekonomi negara, kerana kerajaan sedang melakukan yang terbaik untuk membantu rakyat.

Beliau menggesa mereka yang berhutang supaya mengutamakan keperluan mereka dan membayar balik ansuran mereka secepat mungkin daripada meningkatkan pendedahan hutang mereka.

Mengenai hutang isi rumah, beliau berkata akses mudah kepada kredit, seperti pinjaman peribadi dan pelan ansuran, adalah punca utama kebanyakan keluarga terjerumus ke dalam hutang. Sukar bagi orang muda untuk menjadi penyimpan dan pada masa yang sama sebagai pembelanja. Ada yang berpendapatan lebih tinggi dan pinjaman lebih rendah manakala selebihnya menderita dengan gaji yang tidak mencukupi dan mempunyai komitmen bayaran yang lebih tinggi.

Jadi, kita tidak boleh menyamakan setiap situasi untuk menjadi penjimat atau berbelanja, tetapi kita perlu menggalakkan semua orang untuk menyimpan berdasarkan apa yang mereka mampu sekarang, dan perlahan-lahan meningkatkannya apabila gaji mereka meningkat.

Orang muda juga harus mempertimbangkan untuk memasak di rumah daripada makan di luar. Cara ini paling mudah menjimatkan wang dan menasihatkan orang muda untuk membeli produk terpakai yang akan lebih murah berbanding dengan barangan baru. Membeli kenderaan terpakai adalah lebih bijak daripada membeli kenderaan baru yang harganya pasti akan merudum dengan jauh sekali berbanding kenderaan terpakai.

Untuk mengelakkan hutang isi rumah, orang ramai perlu mengetahui kedudukan kewangan mereka dan mengenali sama ada mereka mempunyai aliran tunai positif atau negatif pada setiap bulanan atau tahunan, dan kemudian mencari cara untuk memperbaikinya.

Pada masa yang sama, pihak kerajaan juga harus mengawal harga barangan atau perkhidmatan supaya peniaga yang tidak terkesan dengan sewenang-wenangnya menaikkan harga. Sebagai contoh kenapa perlu kedai cuci kereta menaikkan harga kerana air dan sabun tiada kena mengena dengan harga makanan mahupun ayam. Jadi kerajaan wajib memantau akan perkara ini untuk membantu irang muda, ditambah pula dengan gaji mereka yang rendah.

Kini kebanyakkan gaji sudah tidak berkembang seiring dengan kos sara hidup. Sebagai contoh, harga minyak masak telah meningkat sebanyak 40% manakala kenaikan gaji tahunan adalah lebih kurang 5%. Ini menyebabkan hampir mustahil bagi sesiapa untuk menyimpan untuk hari tua.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img