spot_img
spot_img

Bersatu Sabah nafi berselindung di sebalik kekuatan GRS

spot_img

KUALA LUMPUR, 2 Julai — Bersatu Sabah menegaskan mereka tidak berselindung (mengambil kekuatan) di sebalik Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tetapi bekerjasama dengan komponen gabungan di bawahnya demi pembangunan dan kemajuan negeri Sabah.

Ketua Penerangan Bahagian Sabah, Khairul Firdaus Akbar Khan, berkata demikian sebagai menjawab dakwaan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa parti itu memanfaatkan GRS untuk menutup kelemahan Bersatu.

Firdaus berkata Bersatu bergerak seiring sebagai gabungan yang membentuk kerajaan yang mentadbir negeri Sabah.

- Advertisement -

Khairul Firdaus juga menegur Najib, dengan mengatakan bahawa mereka yang tidak biasa dengan kancah politik Sabah tidak seharusnya membuat komen sewenang-wenangnya.

He then went on to explain that GRS was the brainchild of Sabah Bersatu chief Datuk Seri Hajiji Noor and Sabah Barisan Nasional (BN) chairman Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Menurutnya lagi, GRS merupakan idea Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.

- Advertisement -

Khairul Firdaus menambah bahawa parti itu tidak lemah dan tidak berada di ambang kehancuran, seperti yang didakwa oleh Najib.

Sebaliknya, beliau berkata Barsatu pembangunan berterusan Sabah, oleh itu tidak pernah berkompromi dalam soal kerjasama GRS-BN.

“Kita bertanding 19 kerusi DUN dan menang 11 kerusi, syukur dan ini bukti kita diterima rakyat Sabah, walaupun boleh dikatakan baru,” katanya lagi.

Pada 1 Julai, bekas pengerusi BN Najib mendakwa Bersatu mengalami kemerosotan, manakala BN mendapat momentum di Sabah, yang menyebabkan Bersatu menggunakan logo GRS berbanding logo sendiri di negeri itu.

Najib menjangkakan GRS akan terus bekerjasama untuk pilihan raya umum akan datang, tetapi berharap supaya BN akan bertanding dengan lebih banyak kerusi.

 

Foto : Borneo Post Online

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img