spot_img
spot_img

BN yakin menang PRU15 dan sokong usaha Ismail Sabri

spot_img

KOTA KINABALU, 1 Julai — Kebangkitan Barisan Nasional (BN) terutama pada pilihan raya negeri-negeri sebelum ini, termasuk di Sabah, adalah bukti kepimpinan parti itu bersungguh-sungguh untuk memenangi hati pengundi Malaysia.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kebangkitan itu menafikan dakwaan pihak luar bahawa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018 menandakan kehancuran parti itu. Beliau menambah, kini terdapat empat parti ingin menyertai komponen BN. Jika BN akan terus karam sudah pasti tiada siapa yang ingin bergabung dengan BN, ujarnya.

Zahid berasa amat yakin bahawa BN akan bangkit semula pada PRU15 ketika berucap pada majlis makan malam ahli majlis tertinggi BN bersama pimpinan BN Sabah di Bangunan Umno di Karamunsing di sini malam tadi.

- Advertisement -

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang juga naib presiden Umno; Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan; Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Datuk Arthur Joseph Kurup dan Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin turut hadir pada majlis makan malam itu.

Ahmad Zahid yang juga Presiden Umno berkata, adalah menjadi tanggungjawab semua pemimpin dan ahli BN untuk mewujudkan titik persamaan dan bersama-sama memberi tumpuan untuk memenangi pilihan raya umum akan datang.

Zahid memesan kepada ahli-ahli BN supaya tidak mengecewakan rakyat Malaysia kerana menurutnya  mereka (rakyat Malaysia) menaruh harapan kepada untuk merampas kembali Putrajaya.

- Advertisement -

Walaupun menjadi panas sebelum ini akibat peperangan media antara kem Presiden UMNO dan Perdana Menteri, namun semalam Zahid memberi sokongan dan kepercayaan kepada kepimpinan PM (Ismail Sabri) sebagai ketua kerajaan persekutuan, untuk menyokong hasrat PM bagi menyelesaikan isu awam semasa.

“BN akan terus menyokong semua dasar kerajaan….kita mahu memenangi mandat pengundi, mudah-mudahan BN akan berjaya, bukan sahaja di Putrajaya tetapi juga negeri lain, termasuk Sabah,” katanya.

Foto : Harian Metro

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img