spot_img
spot_img

London tempat pertama dibom jika berlaku Perang Dunia ke 3

spot_img

London akan menjadi sasaran strategik NATO pertama yang akan kena peluru berpandu Rusia sekiranya perang dunia ketiga meletus, dakwa sekutu rapat presiden Vladimir Putin.

Bercakap di TV negara Rusia, Andrey Gurulyov, seorang ahli parlimen yang menganggotai jawatankuasa pertahanan Moscow, menggambarkan bagaimana kemungkinan pencerobohan besar-besaran ke atas anggota negara Baltik NATO akan berjaya.

Gurulyov, bekas komander tentera dan ahli parti pro-Putin di Russia, berkata: “Kami akan memusnahkan seluruh kumpulan satelit angkasa lepas musuh semasa operasi udara pertama.

- Advertisement -

(Andrey Gurulyov)

Menurutnya lagi Russia tidak akan peduli sama ada mereka orang Amerika atau British; mereka semua dilihat sebagai NATO (musuh Russia).

- Advertisement -

“Kedua, kami akan melumpuhkan keseluruhan sistem pertahanan antipeluru berpandu, di mana-mana dan 100 peratus. Ketiga, kita pastinya tidak akan bermula dari Warsaw, Paris atau Berlin. Yang pertama akan terkena (bom) ialah London.

“Sangat jelas bahawa ancaman kepada dunia datang dari Anglo-Saxon (bangsa Eropah Barat termasuk Amerika Syarikat).”

Beliau berkata pencerobohan adalah satu-satunya cara untuk menghalang Barat daripada menyekat Kaliningrad, suatu rantau semi-eksklusif yang mempunyai pengaruh Rusia, antara negara Lithuania dan Poland.

Gurulyov berkata Eropah Barat akan “diputuskan daripada bekalan kuasa” – yang katanya juga akan dimusnahkan – dan menjadi lumpuh

“Pada peringkat ketiga, saya akan melihat apa yang akan diberitahu oleh Amerika Syarikat kepada Eropah Barat tentang meneruskan perjuangan mereka dalam keadaan sejuk, tanpa makanan dan elektrik,” sambungnya. “Saya tertanya-tanya bagaimana mereka [AS] akan berjaya mengetepikan (perang ini).”

“Ini adalah rancangan kasar (bukan terperinci), dan saya sengaja meninggalkan detik-detik tertentu (tidak menceritakan semua) kerana ia tidak boleh dibincangkan di TV.”

Ancaman penyokong Putin itu datang ketika perang Rusia – Ukraine memasuki bulan kelima, membawa kepada kebimbangan di pihak Barat tentang “keletihan” terhadap konflik yang berterusan dan mengorbankan jiwa.

Semalam, Boris Johnson memberi amaran bahawa tekanan akan meningkat untuk memaksa Ukraine membuat “keamanan yang tidak adil” kerana tekanan ekonomi yang dicetuskan oleh konflik.

Ditanya di kediaman pesuruhjaya tinggi di Kigali apa yang beliau maksudkan dengan kebimbangan keletihan Ukraine, Johnson berkata: “Saya tahu ia sukar. Saya tahu ia sukar di UK. Saya tahu kos makanan telah meningkat. Semua orang melihat ini dan terlalu banyak negara mengatakan ini adalah perang Eropah yang tidak perlu.

“Ia adalah masalah ekonomi yang kita tidak perlukan, jadi tekanan akan meningkat untuk menggalakkan – memaksa, mungkin – rakyat Ukraine ke dalam keamanan yang teruk (tidak menyebelahi mereka).

“Manakala risikonya pula ialah orang ramai akan gagal melihat bahawa penting untuk menentang pencerobohan. Jika Putin berjaya dengan pencerobohan di Ukraine, jika dia berjaya dengan penaklukan terang-terangan ke atas wilayah lain, maka ia benar-benar dramatik: keruntuhan sistem antarabangsa. Dan ia akan menjadi bencana ekonomi jangka masa panjang.”

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img