spot_img
spot_img

Kadar pengangguran Johor turun sedikit

spot_img

ISKANDAR PUTERI : Kadar pengangguran di negeri ini menurun kepada 3.2 peratus pada suku pertama tahun ini berbanding 3.9 peratus dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan, Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri, Mohd. Hairi Mad Shah berkata, seramai 58,600 penganggur direkodkan pada suku pertama tahun ini berbanding 70,800 orang pada tahun lalu.

Menurutnya, penurunan itu adalah hasil usaha kerajaan negeri menerusi Unit Strategik Modal Insan ( SMI) yang rancak mengadakan program latihan dan kerjaya selain melakukan hebahan jawatan kosong dalam platform media.

- Advertisement -

Menerusi Program Latihan Kemahiran Johor (Pro Mahir), sebanyak 44 kursus ditawarkan kepada golongan sasar seperti lepasan sekolah, graduan, mereka yang diberhentikan kerja dan pencari kerja menurutnya.

Program Gerak Kerjaya Johor telah menganjurkan temuduga terbuka dengan menawarkan lebih 883 jawatan kosong pada 25 Mei lalu,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri ( DUN), di sini hari ini.

Mohd. Hairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin yang baru pada PRN Johor baru-baru ini berkata, Unit SMI menyasarkan seramai 1,169 orang akan mendapat manfaat daripada penyertaan kursus kemahiran menerusi Pro Mahir dalam pelbagai bidang dan peluang penempatan pekerjaan.

- Advertisement -

Pro Mahir fokus empat program utama, iaitu Johor upskilling & reskilling, Johor skills oil and gas, latihan lepasan siswazah dan pensijilan tenaga mahir.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img