spot_img
spot_img

Ibu Biarkan Anak Conteng Dinding Di Pejabat Pos Dikecam

spot_img
Kerap kali kita mendengar keluhan masyarakat tentang sikap ibu bapa yang tidak kisah atau tidak ambil peduli dengan kelakuan anak mereka di khalayak ramai.
Dek kerana terlalu leka bermain Facebook atau mempunyai pe’el tak boleh ditegur, memang payahlah. Yang susahnya adalah masyarakat sekeliling kerana ibu bapa sendiri tak boleh menegur perbuatan salah anak mereka.
“Sikap ibu bapa yang tidak kisah apa anak nak buat, habis dinding pejabat pos dilukis, bakul sampah dipijak.”
Itulah yang ditulis melalui perkongsian dua keping gambar menunjukkan kanak-kanak bertindak menconteng dinding pejabat pos dan juga perlakuan seorang budak memijak bakul sampah.
Di mana agaknya ibu bapa kepada kanak-kanak ini? Adakah terlalu sibuk atau langsung tidak mempedulikan anak meskipun mereka melakukan kesalahan.
Dan di mana pula pegangan masyarakat dahulu “melentur buluh biar dari rebungnya” dan juga “sayangkan anak tangan-tangankan””?
Kebanyakan netizen yang memberi komen berkata ia berpunca daripada sikap ibu bapa sendiri yang sama ada tidak mempedulikan anak mahupun langsung tidak boleh menegur anak mereka.
“Anak itu tak salah, ibu bapa yang tak sedar dengan perkara seperti ini.”
 
“Sibuk main gajet sampai menganga tak nampak apa anak buat.”
Kesimpulannya, sentiasa awasi pergerakan anak-anak anda tidak kiralah ketika dalam rumah mahupun di luar. Lebih-lebih lagi jika mereka melakukan perkara yang tidak sepatutnya ketika di tempat awam. Tidakkah berasa malu?

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img