spot_img
spot_img

Cium tangan lebih ok dari rapat dengan pemimpin rasuah

spot_img

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menasihati Datuk Asyraf Wajdi Dusuki agar menjauhi pemimpin rasuah dalam satu hantaran di Facebooknya dengan memuat naik status Ketua Pemuda UMNO yang secara sinis menunjukkan Timbalan Presiden Bersatu itu mencium tangan Perdana Menteri  semasa menghadiri perlawanan bola sepak pusingan kelayakan Piala Asia 2023 semalam di Bukit Jalil.

Ahmad Faizal juga berkongsi satu hadis dalam hantaran di status Facebooknya.

“Teladan memuliakan dan menghormati pada pemimpin sebetulnya sudah diajarkan oleh Rasulullah dalam salah satu hadisnya:

- Advertisement -

“Daripada Abu Musa dia berkata, bersabda Rasulullah SAW: ‘Sesungguhnya termasuk mengagungkan Allah adalah menghormati seorang muslim yang beruban (sudah tua), pembawa Al-Qur’an yang tidak berlebih-lebihan padanya (dengan melampaui batas) dan tidak menjauh (dari mengamalkan) Al-Qur’an tersebut, serta memuliakan pemimpin yang adil.”(HR. Abu Daud No: 7/354).

Menurut Ahmad Faizal, semangat Keluarga Malaysia sentiasa didukung beliau dan mempersoalkan sama ada Asyraf turut menyokongnya atau sebaliknya?

“Saya sentiasa menghormati semangat Keluarga Malaysia, DR ASYRAF WAJDI DUSUKI pula bagaimana?’

- Advertisement -

“P/s: Jangan malu menghormati pemimpin yang baik, mesti jauhi pemimpin rasuah,” kata Ahmad Faizal lagi.

Sebelum itu, Asyraf dalam posting di akaun Facebooknya menyindir Ahmad Faizal dengan mengatakan gambar tersebut sebagai “paling win”.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img