spot_img
spot_img

Nazri nasihat kluster mahkamah

spot_img

KUALA LUMPUR – Veteran Umno Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menyeru semua pemimpin “kluster mahkamah” dalam Umno supaya tidak mementingkan diri sendiri dan tidak bertindak berdasarkan kepentingan peribadi mereka kerana mendesak Perdana Menteri untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekarang.

Dalam temubual eksklusif bersama Sinar, Nazri mendakwa pemimpin kluster mahkamah hanya mahu menggugurkan atau campur tangan terhadap kes mereka di mahkamah apabila telah menang pilihanraya.

Menurut Nazri lagi yang merupakan Ahli Parlimen UMNO Padang Renggas Perak, di dalam UMNO ada  dua golongan yang mendesak untuk awalkan pilihanraya; mereka yang sedang didakwa di mahkamah dan mereka yang merasa BN telah kuat untuk kembali berkuasa.

- Advertisement -

“Mereka meletakkan parti dalam risiko kerana rakyat boleh membaca apa yang sedang berlaku, (mungkin) mereka akan menghukum kita.

“Rakyat tidak boleh dipandang remeh,” katanya kepada wartawan di dalam temubual eksklusif tersebut.

Nazri menyuruh mereka yang mendesak itu untuk melihat angka sokongan di PRN Melaka dan Johor. Jumlah majoriti antara semua parti adalah hampir sama. Ditambah pula dengan peratusan keluar mengundi yang rendah, pastinya Pilihanraya Umum jauh berbeza sambutannya di kalangan pengundi peringkat nasional.

- Advertisement -

Nazri juga pelik kerana Umno sendiri yang mendesak kerajaan yang dipimpin oleh pemimpin UMNO, iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, untuk membubarkan kerajaan. Pakatan Harapan dan parti pembangkang lain tidak pula mendesak untuk mengadakan pilihanraya.

Kerajaan sekarang menpunyai mandat hingga bulan September 2023.

Nazri mahu semua pihak peka di nana negara sedang berdepan dengan inflasi dan harga makanan serta barangan yang melambung tinggi. Tambahnya Covid-19 masih belum berakhir kerana Malaysia masih dalam tempoh peralihannya.

Beliau menggesa rakan-rakan seperjuangannya supaya mengutamakan kesihatan dan kebajikan rakyat berbanding kedudukan dan pangkat untuk diri sendiri.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img