spot_img
spot_img

Kerajaan sekarang pembangkang pun sokong – tak perlu bubar, stabil

spot_img

KOTA BARU (12 Jun): Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merupakan kerajaan yang stabil kerana mendapat sokongan semua pihak termasuk pembangkang, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Justeru, katanya, tiada keperluan mendesak untuk membubarkan Parlimen sekarang bagi membolehkan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan.

Manurt Annuar lagi, ramai tidak faham bahawa kerajaan ini adalah kerajaan yang turut disokong oleh pembangkang.

- Advertisement -

Annuar berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis khas bersama pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan Kelantan di sini pada Ahad (12 Jun).

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, memimpin kerajaan yang kukuh dan stabil, Ismail Sabri mahu terus memberi tumpuan kepada agenda yang boleh memberi manfaat kepada rakyat.

Namun Annuar tidak menafikan ada percubaan untuk menggambarkan kerajaan ini sebagai tidak stabil, kerajaan ini perlu dibubarkan, dan pilihanraya harus dilakukan segera.

- Advertisement -

“Jangan cakap pasal parti. Saya bercakap soal kerajaan, jadi kerajaan ini boleh dikekalkan, cukup sokongan, ada dua pertiga [sokongan] dan jangan lupa kerajaan ini juga ditadbir berdasarkan MoU (memorandum persefahaman) tentang ​kestabilan dan transformasi yang telah dimeterai antara kerajaan dan PH (Pakatan Harapan),” katanya.

Annuar berkata selain disokong PH, beberapa pihak di luar pakatan itu turut menyatakan sokongan kepada kerajaan.

Annuar berkata bahawa MOU bersama pembangkang terus kekal hingga parlimen dibubarkan untuk PRU15. Tiada MOU 2.0 atau MOU itu perlu dihentikan seperti yang didesak sesetengah pihak.

Ditanya mengenai desakan dari dalam UMNO sendiri supaya kerajaan meminta nasihat Agong untuk membubarkan parlimen, Annuar berkata baginda tidak meminta kita berpolitik tetapi fokus kepada pentadbiran negara dan kerajaan ini akan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img