spot_img
spot_img

Hukuman mati mandatori dimansuhkan.

spot_img

PETALING JAYA: Kerajaan bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori dengan hukuman gantian tertakluk budi bicara mahkamah sebagai usaha menambah baik sistem keadilan jenayah negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, keputusan itu dicapai susulan pembentangan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Jun lalu.

- Advertisement -

(Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar – Menteri Jabatan Perdana Menteri)

Menurut beliau, kerajaan menerima dan mengambil maklum syor-syor Jawatankuasa Khas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori yang dijelaskan melalui laporan kajian tersebut.

Oleh itu, Jemaah Menteri juga telah bersetuju meneliti dan membuat kajian lanjut berkaitan cadangan hukuman gantian terhadap 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori, satu kesalahan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 22 kesalahan yang membawa hukuman mati tetapi dengan budi bicara mahkamah. Kajian lanjut tersebut akan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri serta lain-lain kementerian atau jabatan yang berkepentingan.

- Advertisement -

Penangguhan hukuman mati adalah langkah reformasi perundangan dalam manifesto  Pakatan Harapan (PH) yang dilaksanakan selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), namun tidak menunjukkan perkembangan setelah bertukar kerajaan pada 2020. Kini dilaporkan lebih 2000 orang banduan akhir tertangguh hukuman mereka kerana perubahan akta ini.

Kerajaan juga sedang mengkaji untuk mewujudan prosedur prapenghukuman, penubuhan Majlis Penghukuman, pembangunan Garis Panduan Penghukuman, penubuhan Suruhanjaya Pembaharuan Undang-Undang, pembaharuan institusi kepenjaraan dan pelaksanaan hukuman berdasarkan restorative justice.

Beliau berkata, keputusan berkaitan perkara itu menunjukkan keutamaan kerajaan untuk memastikan hak semua pihak adalah terpelihara dan terjamin sekali gus mencerminkan ketelusan barisan kepimpinan negara ini dalam menambah baik sistem keadilan jenayah negara yang serba dinamik.

Jawatankuasa Khas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori diketuai oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Richard Malanjum dan dianggotai  pakar-pakar dalam bidang perundangan, bekas Peguam Cara Negara, pengamal undang-undang, pensyarah undang-undang daripada Institusi Pengajian Awam terkemuka dan pakar kajian jenayah.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img