spot_img
spot_img

CIMB komited sedia dana Kemudahan Peralihan Rendah Karbon (LCTF) RM100juta

spot_img

KUALA LUMPUR: CIMB Group komited menyediakan pembiayaan berjumlah RM100 juta melalui Kemudahan Peralihan Rendah Karbon (LCTF) untuk menggalakkan dan memperkasa perniagaan bagi menyesuaikan amalan karbon rendah dan mampan untuk daya tahan perniagaan.

Perniagaan termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) akan menerima manfaat daripada pembiayaan bebas cagaran sehingga RM10 juta dengan bayaran balik yang berpatutan untuk tempoh sehingga 10 tahun pada kadar faedah rendah sehingga lima peratus setahun, katanya.

“Ini adalah sejajar dengan aspirasi kerajaan Malaysia untuk negara mencapai keneutralan karbon menjelang 2050, serta hasrat CIMB Group sendiri untuk menyokong ekonomi berkarbon rendah dengan mencapai pelepasan gas rumah hijau sifar bersih menjelang 2050, termasuk pelepasan pembiayaan skop 3,” menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Komersial kumpulan, Victor Lee Meng Teck dalam kenyataan.

- Advertisement -

LCTF yang ditawarkan melalui CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank, menguatkan hasrat kumpulan untuk menyediakan pembiayaan mampan sebanyak RM30 bilion menjelang 2024 sebagai sebahagian daripada pelan strategiknya, Forward23+.

Sehingga akhir 2021, CIMB sudah menyediakan pembiayaan mampan sebanyak RM25.9 bilion di bawah rangka kerja Perkhidmatan dan Produk Berimpak Kelestarian, Sosial serta Hijau (GSSIPS), menempatkan bank itu di landasan untuk menjadi peneraju kelestarian ASEAN menjelang 2024.

Layari https://www.cimb.com.my/smerenewableenergy-i untuk maklumat lanjut mengenai penyelesaian pembiayaan LCTF CIMB kepada PKS. – Bernama

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img