LONDON, 21 April ― Syarikat pengeluar alatan mainan seks di UK sedang mencari sukarelawan untuk menjadi penguji dildo rasmi mereka. Jika mereka dipilih, syarikat akan memberikan bekalan alatan permainan seks itu selama setahun.
UberKinky sedang mencari sukarelawan untuk mencuba setiap dildo baru yang akan dikeluarkan setiap bulan. Tarikh akhir memohon untuk jadi sukarelawan ialah 15 Mei.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman webnya, syarikat itu berkata calon yang berjaya akan mendapat dildo getah, dildo kaca, cawan sedutan dan pelbagai lagi.
“Dildo akan terus dihantar ke pintu rumah anda setiap bulan selama setahun untuk anda mencuba dan memberikan maklum balas kepada pasukan kami.”
Ia hanya terbuka kepada penduduk UK dan pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas.
Pengarah UberKinky Luke Taylor berkata syarikat itu sangat teruja untuk memberikan pelanggan mereka produk terbaru dan paling inovatif, dan mereka sentiasa mengambil berat tentang pendapat pelanggan mereka.
“Itulah sebabnya kami ingin memastikan bahawa produk terbaru yang ada di laman web kami mendapat kepuasan dan sambutan daripada mereka,” Daily Star memetik Taylor sebagai berkata.
“Kami teruja untuk mengalu-alukan penguji dildo rasmi kami yang pertama melalui pertandingan ini, dan kami berharap mereka mendapat manfaat dari produk kami.”