spot_img
spot_img

Jangan mendahului mahkamah

spot_img

KUALA LUMPUR – Hakim Mahkamah Sesyen, Izralizam Sanusi memberi amaran keras kepada orang ramai dan pegawai mahkamah supaya tidak mengeluarkan sebarang komen atau pendapat mengenai kes membabitkan remaja Sindrom Down, Bella dan pengasas pengasuh Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.

Izralizam turut menyindir pihak yang membuat posting berkaitan kes itu sebagai cuba mendapatkan  follower yang tinggi di media sosial dan komen mereka bersifat fitnah, sub judice dan merupakan satu bentuk penghinaan kepada mahkamah yang sepatutnya dirahsiakan.

Beliau berkata, komen dan catatan itu boleh mengganggu kelancaran kes itu.

- Advertisement -

“Jangan buat komen yang mengganggu. Saksi kelima belum selesai dan komennya keterlaluan terhadap tertuduh yang belum dibuktikan bersalah. Perjalanan kes ini masih jauh dan mahkamah akan memanggil saksi lain.

“Jadi, simpan sendiri komen anda yang menghina mahkamah itu, sub judice dan memfitnah diri sendiri. Jangan sebarkan untuk mendapatkan pengikut dan sebagainya. Ia dibaca orang dan menjejaskan perjalanan kes ini,” katanya di mahkamah hari ini.

Justeru, Iralizam mahu Timbalan Pendakwa Raya (DPP) mengambil tindakan tegas terhadap individu-individu yang mengulangi kesalahan itu.

- Advertisement -

Katanya, mereka yang membuat komen fitnah, sub judice dan menghina mahkamah boleh diambil tindakan.

“Terdapat akta untuk mengawal siaran media sosial yang melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Justeru, mahkamah ingin memberi amaran dan mengingatkan orang ramai khususnya yang berada di galeri ini agar tidak membuat komen fitnah, sub judice dan menghina mahkamah.

“Jika itu berlaku, saya percaya mereka yang diberi kuasa untuk membuat pertuduhan khususnya Timbalan Pendakwa Raya (DPP) boleh mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Izralizam memberi reaksi terhadap aduan yang dibuat oleh DPP Nor Azizah Mohamad.

Azizah memberitahu mahkamah bahawa komen dan catatan mengenai kes membabitkan Bella dan Siti Bainun masih berleluasa di media sosial.

“Setakat malam tadi Yang Berhormat masih ada komen. Antaranya termasuklah keadilan untuk Bella nampak mustahil di dunia ini.

“Contoh lain ialah, ‘apa yang berlaku di mahkamah adalah tidak masuk akal’. Komen sebegitu tidak sepatutnya berlaku kepada kes yang sedang berjalan,” kata Azizah.

Selain Azizah, peguam yang dihantar oleh Putera Mahkota Johor untuk mengadakan pemerhatian bagi kes itu, Datuk Baljit Singh Sidhu turut membangkitkan isu itu.

Menurutnya, peguam bela turut membuat komen dan catatan sebegitu mengenai kes itu dalam media sosial. –MalaysiaGazette

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img