(19 April): Robinhood Markets Inc bersetuju untuk membeli syarikat Ziglu Ltd, sebuah syarikat kripto dan pembayaran yang berpangkalan di London, secara lngsung terus menamatkan penangguhan yang panjang syarikat broker AS itu dalam pengembangan bisnes antarabangsa.
Transaksi itu akan memberikan Robinhood satu platform yang membolehkan pelanggan membeli dan menjual 11 mata wang kripto serta memindahkan dan membelanjakan wang ke luar negara, kata syarikat yang berpangkalan di Menlo Park, California pada Selasa (19 April) dalam satu kenyataan. Syarat-syarat transaksi tidak didedahkan.
Robinhood membentangkan rancangannya untuk perkembangan perbiagaan di Eropah dan Asia ketika perdagangan runcit AS meledak selepas permulaan wabak itu.
“Bersama-sama dengan pasukan Ziglu, kami akan berusaha untuk memanfaatkan yang terbaik daripada kedua-dua syarikat, meneroka cara baharu untuk berinovasi dan memecahkan halangan untuk pelanggan di seluruh UK dan Eropah,” kata ketua pegawai eksekutif Robinhood Vlad Tenev dalam kenyataan itu.
Pengambilalihan itu juga memberikan Robinhood satu lonjakan dalam industri kripto UK, yang tertakluk pada peraturan anti-pengubahan wang haram yang ketat. Ziglu adalah antara 34 firma dalam daftar perniagaan aset kripto Financial Conduct Authority. Lebih daripada 100 syarikat masih belum menerima pengiktirafan itu, menyebabkan mereka belum boleh beroperasi sepenuhnya.
Saham dalam Robinhood meningkat 1.8% kepada AS$11.19 (kira-kira RM47.61) pada 10.44 pagi di New York. Saham telah menjunam 71% sejak tawaran awam permulaan Julai.
THEEDGEMARKETS