spot_img
spot_img

Bersatu perlu drastik untuk tukar Presiden

spot_img

PETALING JAYA: Seorang penganalisis menyifatkan Bersatu berada dalam situasi “sangat terdesak” dan memerlukan seseorang untuk mengambil alih kepimpinannya daripada Muhyiddin Yassin.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata prospek Bersatu, malah Perikatan Nasional, kelihatan suram, terutama selepas kegagalan percubaan untuk menjalin beberapa bentuk kerjasama dengan Pejuang dan Pakatan Harapan.

Beliau berkata ia suatu masalah besar apabila Bersatu mendekati bekas rakan seperjuangannya tetapi dilihat sebagai “orang jahat” kepada parti pembangkang lain berikutan Langkah Sheraton pada tahun 2020.

- Advertisement -

“Selepas ditolak oleh Pejuang dan PH, Bersatu perlu berfikir sedalam-dalamnya tentang pemimpin baharu ini,” katanya kepada FMT.

“Muhyiddin, semasa menjadi perdana menteri, telah merosakkan reputasinya. Masalahnya bermula apabila dia mengisytiharkan darurat dengan alasan untuk mengawal wabak itu.”

Azmi berkata terdapat bekas ahli parlimen Umno dalam Bersatu yang boleh mengambil alih peranan ketua parti daripada Muhyiddin, tetapi persoalannya sama ada ahli Bersatu yang berada di parti itu sejak penubuhan akan menerimanya.

- Advertisement -

Minggu lalu, Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad mendakwa Muhyiddin telah meminta bantuannya supaya beliau boleh menjadi perdana menteri semula. Mahathir berkata pihaknya tidak akan menyokong seseorang yang pernah gagal dalam jawatan tertinggi.

Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Ahmad Kamal kemudiannya memberitahu FMT bahawa parti pembangkang lain telah menghubungi Muhyiddin untuk berbincang untuk bekerjasama bagi PRU15, tetapi beliau tidak menamakan parti itu.

Pengerusi DAP Lim Guan Eng dan presiden Warisan Shafie Apdal telah bersuara menentang membentuk sebarang perkongsian dengan parti Muhyiddin, dan presiden Amanah Mohamad Sabu menafikan pernah mendekati Muhyiddin.

Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata penghinaan pembangkang terhadap Bersatu melambangkan imej Muhyiddin, bahawa mereka melihatnya sebagai “satu daripada pembelot” yang dianggap sebagai punca utama keatas kejatuhan PH sebagai kerajaan.

Beliau berkata Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin nampaknya paling berkemampuan untuk mengambil alih daripada Muhyiddin, tetapi tidak jelas sama ada menteri dalam negeri itu mempunyai karisma untuk memimpin parti dan sokongan akar umbi.

Beliau juga berkata Hamzah dan menteri perdagangan antarabangsa dan industri Azmin Ali telah “dikompromi” kerana menjadi antara dalang Langkah Sheraton.

Kedua-dua penganalisis ini Azmi dan Oh yang ditemuramah oleh FMT menjangkakan Bersatu akan kehilangan ramai ahli lagi dan pimpinan akar umbi parti kepada parti lain ketika negara semakin hampir dengan PRU15.

Oh menambah bahawa semua parti akan mengalami pergerakan sedemikian menjelang pilihan raya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img